Dua Aktiviti didalam jam (kesesakan lalu lintas) ketika berada dalam kenderaan

  • 7
Bilamana aku berada dalam kereta antara waktu ke tempat kerja atau balik kerja, biasanya aku akan berada dalam kereta sekurang-kurangnya 40 minit ( kalau trafik tu perperangai baik )- 1jam lebih (jika trafik waktu itu macam *toot*).

Ini adalah aktiviti-aktiviti yang aku akan lalukan. Biasanya dalam kereta perjalanan pulang kerumah.

1. a . Telefon ibu/ayah. Ini adalah masa yang sesuai untuk anda catch up dengan ibu dan ayah. Jika buat dengan kerap. Bila telefon berbunyi aje, lebih kurang pukul 6 lebih. Mesti ayah dah sound pada mama, " Tuuuu anak call tuuuuuu ". Ayah selalu buat perbuatan kita ni macam menyusahkan dia, kena angkat telefon. Tapi sebenarnya mak ayah kita akan gembira.

Aku kongsi tips ni dengan kawan ofis. Dia amalkan dan ayah dia pun sama dah tau bila anak dia telefon. :)

 b. Telefon rakan baik. Kalau korang ada kawan baik macam aku. It is really something lah.



2. Zikir. Ini adalah amalan yang di cadangkan oleh  abang aku. Dia mencari amalan sunat yang bagus.
Imam Ahmad, Ab Dawud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim. Daripada Abdullah bin Abbas beliau berkata, Rasulullah bersabda: 
Barang siapa memperbanyakkan istighfar (mohon ampun kepada ALLAH), nescaya ALLAH menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan ALLAH akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.
Cara untuk istighfar: Astaghfirullahalaziim innallaha ghafururrahim - 100x

Seriously, susah sangat nak habiskan 100 kali masa mula-mula tu. Tapi lama-lama, rasa senang.

Ini adalah antara perkara-perkara yang saya buat semasa dalam kereta. :) Kalau telefon tu jangan lupa pakai handsfree. Kalau kena dengan pak polisi, jangan menyesal pula. :P

7 comments:

Daddy Ziyyad said...

Bagus idea2 tersebut...
Kita jadikan " jem" itu sebagai manfaat, sebab kalau kita asyik nak stress/ marah2 pun, mmg kita kena hadapi jugak...

Satu lagi cara, ialah bawa CD bacaan Al Quran..baca sama sama dgn qari..Insya Allah, hari2 buat, mudah hafaz surah2 biasa macam alwaqiah, yassin, al mulk, as sajadah, etc etc

Amyz Azlie said...

Sama. Call mak, call bff atau zikir.

Aku pasang Al Mathurat sebab bagus dibaca pagi dan petang. So tiap pagi drive pergi kerja dan petang balik dari kerja, aku pasang Al-Mathurat dan ikut baca.

Dapatlah kurangkan aku maki2 orang lain. Bagus kan?

zonaku said...

agreed! mmg dah mula diamalkan. x la marah2 sebab jem dah.

Sabariah said...

Memang aktiviti tetap zaman balik kerja dan tersangkut jem dulu. Eh, tetiba rindu nak kena jem. Haish.

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur

Kebo Ijo said...

tips android
cara root android
seo
cara backlink otomatis
tips ngeblog

Kebo Ijo said...

trimaksih gan thank bgt infonya ya :D

sekedar info ajja bagi informasi buat agan" yang laagi bingung atau mengalami kesulitan dalam mengurus surat" penting seprti sim,stnk,dan sebagainya ane ada tempatnya nih mudah bgt tinggal pilih dibawah
biro jasa sim
biro jasa bpkb
biro jasa perizinan
biro jasa stnk
biro jasa sim

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!