Setelah sekian lama, perkembangan nazim setahun

  • 1
Lama tak update blog ni. Nazim pun sudah setahun umurnya.
He such a good boy. Cuma bila lapar atau nakkan perhatian, he will demand for it. Menangis dan merengek sampai la aku atau orang angkat dan dukong dia.
Berjalan masih belum lagi. Tapi dia dah meniti dan memanjat. Tangga pun dia dah pandai naik. Cuma perlu masa untuk dia berani lepaskan tangan dan mula bertatih. Aku tak risau, sebab Iqbal dulu pun berjalan lambat. Setahun 3 bulan kalau tak silap.
Dah pandai bertepuk bila gembira atau mendengar lagu. Lagi-lagi lagi ciptaan mama dia. Dia tau power of tudingan jari dia. Kalau dia tunjuk ke satu arah, orang akan beri perhatian ke arah itu atau orang akan bawa dia ke arah itu.
Sangat peramah, jika orang menegur dia akan tersenyum. Atau gelak. Suka digeletek diperut gendutnya tu. nak bawa dia berjalan pub mudah sebab dia selesa duduk dalam car seat sangat tak macam iqbal. Senang tertidur dalam carseat, walaupun pada perjalanan yang pendek, contohnya ke nurseri.
Makan tak memilih. Dah makan biskut jejari, makan buah, kegemaran dia adalah mangga. Tapi paling suka menepek kat orang yang tengah makan. Ceoat je tangan dia nak capai apa yg ada dalam pinggan.
Kalau kenyang dan gembira, nazim akan buat kerja sendiri. Antaranya menyelongkar almari kat tv set. Keluarkan segala buku dan magazine dalam tu, atau selongkar bekas mainan. Suka juga berdiri sambil pegang safety gate yang aku letak di dapur. Sibuk nak tengok apa yg aku buat kat dapur.
Ok, nanti aku sambung lagi. Tak tau bila. Ini gambar Nazim yang tembam, Double chin alert!!! Owh! Dia baru baik daripada chicken pox thanks to the nursery as per usual. :p





1 comment:

Amy Z! said...

Wuhuuu..!! Tembamnya diaaa... mwah!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!