Bekerja kembali.

  • 3
Sedar tak sedar nak masuk 3 bulan aku mula bekerja.

Dahulu, merengek-rengek jiwa nak jadi suri rumah. Bila jadi surirumah, hati kemudian merengek-rengek nak bekerja semula. Satu sebab keperluan materi tu tak dpt dipenuhi. Kena lebih zuhud dan tidak merambang mata. Aku tak sekuat itu.

Bila sudah bekerja, kena la menangani stress bekerja. Sebab itulah kita dibayar. Untuk menangani stress bekerja.

Lantas bila stress bekerja, kita pun merambu-rambu memenuhi keperluan material itu. Hilanglah stress.

Sebenarnya penawar stress yang paling mudah adalah mendengar anak kita ketawa. Cepat saje stress itu hilang. Lagi-lagi si Nazim budak yang mahu jejak umur 8 bulan esok.

Syukur ya atas kurniaan rezeki.

3 comments:

RieNa said...

ko update blog 3 bulan sekali ke skrg daun? huhu

Amy Z! said...

Fuh. Update jua akhirnya. Haha.

Tentu saja kita ni bekerja adalah untuk bershopping di kemudian hari. Haha. Self reward kata orang.

Dan yg lebih berharga, apa saja untuk kebahagiaan anak-anak. :-)

Littlesilence said...

Seronok melayan anak-anak, bila dah penat bekerja... :) hilang segala stress kt tempat keje...

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!