Kenapa aku suka buat roast chicken?

  • 0
Menu aku bila terasa nak konon makan special sket walaupun jiwa rasa malas adalah:

Roast chicken
Buttered rice
Gravy
Salad bodo ( timun tomato)

1. Senang gila. Rub dengan apa- apa yang ada kat dapur. Halia, paprika, garam n black pepper. Then campak bawang putih 2 3 ulas. Then bakar.

2. Boleh tinggalkan aje dan tadaaa!! Siap!

3. Nasi pun sama. Just sukat nasi and air macam biasa. Campak halia, kiub ayam, butter dan daun pandan. Biarkan aje. Ahaha. Kalau rajin aku sagat carrot dan letak kismis kalau ada.

4. Boleh tinggalkan dan tada!! Siap!

5. Potong tomato sesuka jiwa. Buang kulit timun dan korek bijinya. Potong ikut suka jiwa juga. Hiris bawang besar (x letak sbb tak tahan bau masa mengandung ni). Hiris halus sebiji cili padi. Letak dlm mangkuk. Masukkan secubit garam dan gula secukup rasa. Titiskan 2 atau 3 titis cuka. Gaul. Siap!!

6. Alihkan roast chicken ke bekas lain. Minyak dan dripping daripada ayam tu letakkan air dalam setengah cawan. Tenggek atas dapur dengan api sederhana. Lenyekkan bawang putih. Deglazed the pan. Then letak satu sudu tepung. Kacau sampai gravy pekat. Taste accordingly. Tada!! Siap!

7. Pembuatan yg mudah tapi hasilnya best gilak. Yay!! Jemput makan.






- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!