Nasi Lemak Lido, Klang

  • 0
Pada suatu pagi Ahad yang entah apa-apa. Kitorang on d way pulang ke Sijangkang. Tetiba rasa nak makan nasi lemak sebagai sarapan yang sangat lewat. Aku mencadangkan kita bersarapan Nasi Lemak Lido. Sesiapa yang duduk Klang or biasa dengan Klang akan tau la. Nasi lemak Lido.

Nuar kata, Lido kat Johor lah. Aku kompius sket macam mana nak pergi. Dan nak guna Gamin Nuar. Tapi Nuar punya la skeptik. Takkan la ada kat dalam map tu. Aku terus masukkan Nasi Lemak Lido. And toing!!! keluar map. Berlagak sungguh saya pada masa itu.





Rupa-rupanya, adik beradik aku yang baru je balik daripada Kedah bersempena graduasi Mama juga bersarapan Nasi lemak Lido. Memang kitorang ni ada psikik lah. :) So here we go. Nasi Lemak Lido for brunch.





Yang paling tak kuasa, Nuar kata "Macam nasi lemak kangkung aje?"

Mana nak dapat nasi lemak kangkung with ikan bilis dan udang geragau?? Cakap tu bebaik sket. Marah orang Klang occay?! Sambal dia pun sedap. Ferrr..

Lain kali, kita pi makan Mee Hailam Wak Sharif dan Cendol Klang ye?


No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!