15 weeks and counting.

  • 2
Perkembangan tentang alahan. ALhamdulillah dan berkurang. Sudah tak muntah secara hebat lagi. Air liur juga sudah boleh ditelan.

Bau tumis menumis masih dirasakan seperti hamjadah. Busuk gila. Bau proses memasak juga tak berapa boleh lagi. Utk Iqbal, dah boleh masak french toast. Sedih bila pagi-pagi tetiba "nak mam" plak. Nasib ada roti dan telur.

Tekak masih sangat memilih. Lauk-lauk tak berapa nak lalu. Tapi sayur-sayuran adalah sangat didamba. Coleslaw, garden salad dan semua jenis sayur la. Tapi yang paling tergedik adalah fetish terhadap peria. Kalau nampak peria aje mesti nak ambil. Rasa sedap sangat kat tekak tu.

Limau mandarin dah tak lalu. Semenjak 2 minggu lalu, nak makan limau bali aje. Untung juga badan kedai buah dekat-dekat rumah ni mmg ada supply. Kalau tak menggagau juga la. Sangat cepat habis stok kat rumah sebab Iqbal pun suka makan juga.

Perut dah nampak. Pekedai buah btu dah tegur. Dan nampak perut, walaupun pakai baju polos. Mungkin aku kena betulkan posture aku berdiri. Ahahaha. Nak sorok apa ek? Takde apa pun.

Iqbal will turn 2 next week. He's a handful to handle. Loves when he listen and obey and so geram when he ignore everything and do whatever he please. Meh sini mama gigit. :P

2 comments:

Angah said...

nampak perut dah..bagus! baru la ada feel sket peknen haha

aku start pakai maternity clothes lepas 7 bulan peknen..sangat APAKAH!!

Ahsuez said...

I wonder what would be the weirdest things that I would be craving for, during next pregnancy.

Takut siot nak menghadapi around-the-clock-not-only-morning sickness sampai hilang 5kg. Sampai sekarang aku berbulu je kalau terbau bedak yang Samurai pakai masa aku teruk around-the-clock-not-only-morning sickness. Huhu..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!