Chicken Cordon Bleu

  • 3
Masa mahu lunch di Resepi Rahsia bersama Fadzli, berbolak balik untuk memilih menu. Fadzli pilih Chicken Cordon Bleu dan aku pilih Macaroni apetah. Aku kata pada Fadzli, aku kalau nak makan western, aku akan makan makanan yang aku rasa aku malas nak imitate. Itu sebab aku tak pilih Chicken Cordon Bleu sebab aku rasa bahannya murah dan senang nak buat. Apetah lagi Spaghetti Bolognaise. Biasanya tak sedap seperti buat sendiri. Macam tak berbaloi aje belas-belas ringgit untuk makanan yang tak sedap.

So, sempena itu, di persilakan. Chicken Cordon Bleu, SR imitation style sendiri.

Yelah, aku mmg kemaruk guna oven aku. Dan nak test aku nyer grill pan. Mula-mula grill dalam pan, then sambung dengan oven.



Bahan

2 ketul ayam bahagian dada tanpa tulang tengah.

Coating:
1 biji telur
3 sudu tepung
1 cawan italian bread crumb*

Inti:
2 keping Chicken bacon
4 sudu grated cheese

Salt & Pepper to taste
6 tooth pick


Cara-cara:

1. Sediakan ayam, ayam dilapikkan diantara dua cling film dan ketul sampai rata. Ayam yang saya gunakan sangat gemuk, saya potong tengah tapi tidak putus dan kembangkan. Kemudian ketuk, saya gunakan bontot cawan aje. Lepas siap, season dengan salt and pepper just to taste.

2. Letak tepung, telur yang dipukul dan bread crumb pada 3 mangkuk berasing. Ayam yang sudah diketuk, celup pada tepung rata, celup pada telur dan akhir sekali pada bread crumb rata didepan dan belakang. Kalau ada dua ketul, sila buat satu persatu. Basuh tangan dan keringkan disetiap proses supaya senang untuk di kerjakan.

3. kepingan ayam pertama, letak Chicken bakon diatasnya dan letak cheese. Kemudian gulung Ayam dan kemaskan dengan tooth pick.

4. Boleh terus bakar dalam oven, 180 celcius selama 25 minit. Rehatkan 5 minit sebelum dihidang. (Jangan lupa buang toothpick tu sebelum hidang)

Notes: *Kalau kat Giant jangan haraplah ada italian bread crumb. So, boleh gunakan apa-apa jenis bread crumb ataupun cornflakes. Untuk jadikan dia italian bread crumb, campur dengan sedikit garlic powder dan satu sudu kecil italian herb atau apa-apa herba iatalian yang ada (pizza seasoning, italian mixed her, parley, basil or anything). Ataupun just plain bread crumb.

3 comments:

PnConfused said...

di waktu2 berpantang nih... yg xbope suke makanpon jadi sgt teringin... hehehhehe.... :P


nasib baik boleh kaber lg

Nau_awa said...

syura.. ko membuatkan aku jadi lapar giler sehh!

cik puan daun said...

puan confused: mmg sangat ampeh waktu berpantang kan? semua nampak yummeh...

awa: ahaha.. aku pun lapar seyhhhh

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!