Kerana pulut..

  • 8
Intimidated dengan menu berbuka orang lain. Semalam aku ngan nuar cuma berbuka dengan pulut dan rendang ayam sahaja. Kurma dan air tu biasa lah. Tapi tiada menu sampai 4 5 macam orang lain. Saya salute dan malu dengan diri sendiri. Ahahaha.

Iqbal pun makan pulut juga. Rendang daging tak buat pedas supaya Iqbal boleh rasa sekali. Fer, macam saspen juga sebab orang kata kalau mkn pulut boleh membawa ke perut kembung. But aku tengok Iqbal nampaknya kalis pulut. Seperti perut Abahnya juga.

Aku orang jawa. Biasanya makan pulut kuning yang mama buat masa bancaan aje. Pulut putih pun biasanya dah dibentuk dan golek atas kelapa pedas tu, masa kat asrama. Jadi bila keluarga mertua aku makan pulut aku rasa macam amused juga lah.

Nuar siap boleh pilih pulut against nasi. Dan pulut tu tanak dalam periuk nasi lagi. Gua pernah buat masa belajar dulu. Sebab desperation takder pengukus. Itu pun pulut kuning. Tapi rupa-rupanya masak pulut dalam periuk nasi adalah common untuk keluarga mertua aku.

Kakak ipar gua masak pulut dalam periuk nasi Supor dia. Mak mertua ada separate periuk nasi untuk masa pulut sahaja. Sebab in the same time kena ada nasi khas sebab Ummi diabetic.

Jadi, aku saje pitch the idea pada Nuar, kita beli lah periuk nasi yang biasa-biasa khas untuk masak pulut. Fer, gua tak payah nak oversell the idea. Nuar terus setuju. Waahhh.. sebab dia suka la tuh. Jadi, gua ada satu lagi periuk nasi biasa-biasa (yang tak boleh bakar kek dalam tu) untuk buat pulut. Cap Nuodi.

Waahh. Nampaknya Iqbal dibesarkan dengan pulut. We are a hybrid jawa kuantan family. Muahahahaha.

8 comments:

Liza said...

pulut dgn rendang mmg best, tapi pulut mmg boleh makan dgn mcm2 lauk, makan dgn kuah durian pun best gak

armouris said...

info tentang perut kembung di SIHAT SELALU - Masalah Perut Kembung

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ya kerana pulut rosak santan
kerana mulut habis pulut

lapo .. selamat pose

Angah said...

aku pun tanak pulu mcm tanak nasi je daun, cuma letak minyak makan sikt bagi tak melekat sangat. Anak2 aku mmg suka pulut jadi stok beras pulut ngan pencicah segera (serunding ikan ngan serunding daging) tetap la ada..

Mariea said...

wahhh..lama dah aku tak dengar perkataan bancaan tu...windu plak kat kg yg penuh dgn org jawa tu..

tentangseseorang said...

makin debab la iqbal. ikut sape ntah :p

ezham said...

try tanak pulut, hidang dengan ikan kering/ikan masin/ikan pekasam dan kelapa parut.

Shuk said...

pulut kalau kat pantai timur, dah jadi makanan ruji..kekeke

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!