My little stuntman..

  • 10
Iqbal, walaupun masih slow untuk bercakap, dia sangat berani dan lasak. Macam Abah dia. Sangat bukan aku. Aku ni seorang yang low risk. Paling kuat pernah luka kena pisau aje or terkena stapler (sila jangan tanya acam mana boleh kena.. ahaha). Tak pernah terjatuh teruk-teruk sampai patah-patah terseliuh.

Aku belikan Iqbal Scramblebug yang amat comel. Iqbal dah pandai dah teknik untuk duduk sendiri. Tapi yang buat jantung aku macam nak luruh, dia boleh berdiri atas scramblebug tu. Tangan pegang handle dan kaki dah kat tempat duduk dia. Tu belum buat stunt berdiri dekat pemegang tayar depan Scramblebug. Kaki kat tayar depan, tangan pegang handle. Sebenarnya sudah pun. Dan aku pun dah menjerit histerikal dah pun.


Yang aku syukur Scramblebug ni sangat stable. Ko tengok la tayar dia berapa lebar. Tapi still buat aku saspen juga kalau terbalik.

Nuar kata "Itu belum lagi, tunggu karang dia kata 'see mom!! no hand!!!" Berdiri atas Scramble bug sambil lepas tangan. Adoilahhhhh... aku sabar ajelah melayan si lasak tapi manja shomen-shomen anak mama. Ahahaha.. Tak macho langsung panggilan itu.

10 comments:

Liza said...

hilang macho si stunt hero tau mama nie

madulebah said...

wah gadget baru!!!

cik puan daun said...

Liza: masa baby la boleh buat gitu.. kalau dah besar karang ngan kita pun dah tak nak.. :P

Nida: Bukan gadget baru lah. Tu permainan Iqbal, dah beli lama dah.

fieza said...

Wow! Berani nye Iqbal! heheh

Btw, berminatla pulak tengok Scamblebug itu... Mana beli? Share info boleh?? hehe

cik puan daun said...

fieza: Beli masa parenting expo haritu, best tau sebab dia leh steer semua direction.

Masa beli tu kat booth Combi. Tak tau plak syarikat mana. Tapi next parenting expo is in August. Leh try tengok.

Amy Z! said...

aku suka la menda alah ni.. berbaloi2..

ayobkelubi said...

pertama: berapa ringgit dan dimana boleh saya dapatkannya?.

kedua: kalau look ma, no hands ok lagik.buatnya "mama, look iqbal willllyyyyyyy".hahahahaha.harus mama iqbal mengucap panjang.

Pnut said...

ku ni seorang yang low risk. Paling kuat pernah luka kena pisau aje or terkena stapler
i can imigine betapa dramanya saat2 kelukaan itu berlaku...

rudy bluehikari said...

kakpnut, setujuuu hihihihihi. knowing daun. hiks. iqbal, cpt membesar ya.

Kehelan said...

kak puan daun... kat mana nak dapatkan Scramblebug tu? mcm best jek nak beli utk anak sedara...

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!