Jalan-jalan punya cerita

  • 2
Kak Na komen dalam entri dibawah: Apa yang comel, mestilah si iqbal tuuu. Nanti bila dia dah boleh jalan, lagi best.

Cuma untuk kak na, aku nak bagitau yang Iqbal dah berjalan dah. Agaknya gambar-gambar banyak misleading, kesian Iqbal. Dah setahun 4 bulan tak berjalan lagi. Kena angkut aje dengan gadjet-gadjet mama.

Iqbal dah mula berjalan pada setahun sebulan. Cuma gua rimas kalau dia berjalan, mesti banyak distraction. Mesti nak berhenti, kutip batu masuk mulut. Berhenti, cangkung, letak tangan kat pasir dan masuk mulut. Dan juga buat perjalan jadi slow sangat-sangat sebab dia nak pergi kehulu-kehilir.

Dan kadang-kadang kalau Iqbal terlalu happy, dia akan jalan suka-suka hati macam orang mabuk dan ingat semua tempat dia boleh landing macam landing atas badan mama dia. Which is not.

Masa pergi ke Zoo tempohari, Iqbal sangat high dan jalan suka-suka hati dan asyik jatuh-jatuhkan badan sambil gelak-gelak. Ada parent yang pandang slack kat kitorang sebab biarkan aje Iqbal begitu. Ahahahaha.

So, kesimpulannya, Iqbal dah berjalan dah. Dan memang comel dan geram. Sampai kenabeli pagar satu lagi untuk halang dia pi dapur selalu. ;)

2 comments:

fieza said...

hahaha... Bahaya tuh jatuhkan badan sesuka hati seperti di atas badan mama-nya :P

Abaikan saja mata2 yang pandang slack tuh! Tak salah ibubapa beri kebebasan untuk anak2 meng-explore sendiri... (termasuklah rasa sakit jatuh) Dalam rumah pon dah terhad kawasan nak jalan, bila di luar sekali sekala apa salahnya, kan?

Sue Lynnda said...

saya sokong!!

kekadang kita bagi kebebasan supaya anak-anak nih lebih cepat belajar. Bak kata pepatah " Kalau tak terjatuh ,mcm mana dia nak belajar bangun semula".

p/s :smlm bwk adam pegi playground ada jiran kata sy tengok aje bila budak tuh jatuh. Huhu!Padahal, gua tgh mengajor adam jadi tough!! Haha.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!