Binatang bukan dalam fav list aku

  • 3
Dari dulu lagi aku memang takutkan binatang. Benda hidup yang aku tak dpt nak jangka, adalah suatu yang menakutkan aku. Ayam, kucing, serangga apetah lagi binatang-binatang buas yang mampu menyerang aku adalah sebahagian saja. Malas aku nak taip banyak-banyak. Bukannya seronok sangat untuk menaip daripada iphone ni.

Jadi, jangan haraplah nak pelihara kucing ke, iguana ke, ataupun ular sawa. NO NO NO!!! tapi agaknya tuhan nak tunjuk pada aku, binatang pun makhluk dia juga. Bila berumah sewa ni, dapat pula jiran yang bela anjing.

Silver terrier, yang kecik nampak comel. Tapi bila menyalak ya ampun. Terkejut pankreas aku. Iqbal dulu sentap-sentap gak bila disalak. Sekarang setiap kali keluar kereta dok tunjuk-tunjuk kat rumah sebelah cari Pamina. Haraplah nak takut. Kalau terlepas si Pamina, silap-silap Iqbal peluk cium kot. Ahaha.

Owh! Pamina nama dia. Pelik sungguh. Banyak sangat dengar opera klasik kot. Nama penyanyi opera. Ya, jiran aku ni ala-ala vokal coach. Pagi dan petang, kalau tak dengar Pamina menyalak, aku dengar tuan Pamina menyalak.

Laaa laaa la la laaaaaaa!!

Kini aku dan Iqbal habiskan sisa-sisa hari menjadi jiran Pamina. Sob sob sob. Apa iqbal nak tunjuk bila keluar dari kereta lepas pindah karang? Tunggu je lah apa jiran aku bela nanti. Kalau anjing pun, harap tak hodoh. :p



- Posted using BlogPress from my iPhone

3 comments:

WFL990 - O'usommes-nous? (Where are we?) said...

Daun pindah kat mana?

Angah said...

jiran selang 2 buah rumah aku pun bela anjing. 3 ekor besau2 ngkauuuuu..

Laki aku nak bela kucing.. aku cakap bela anak bini yang wajib tu bg setel dulu hahaa

kingbinjai said...

bagi makan julap ler

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!