Our little time with Ip Man 2

  • 3
Setelah beberapa kali Nuar keluar awal untuk hantar Ika ke LRT. Ika setuju untuk memberi 2 kali babysitting supaya aku dan Nuar dapat keluar berhoya-hoya berdua. Untuk mengekalkan level kewarasan kitorang di paras upaya.

Aku gembira melompat-lompat tanda gembira. Nuar pun tergedik-gedik. Nyaris tak tempah bilik hotel kots. Ahaha. Sorry awak. Kite gurau aje. :P Kite sayang awak. Awak la penyelamat kite dalam semua segi. Thanks sayang.

Numero uno dalam list cerita di wayang adalah IP Man 2. Sebab timing tak berapa betul, nyaris-nyaris pergi menonton Robin Hood. Tapi kami kembali kepangkal jalan dan memilih untuk menonton Belukar. Ahaha. Ok bukan Belukar. Kitorang tengok IP MAN 2.

Pilihan yang tidak salah. Eh! apa korang expect daripada kisah benar? Tetap suka jalan ceritanya, simple dan tidak merepek-repek dan over the top. IP Man tak kerek. Merendah diri dan kadang-kadang kelakar. Heart Donnie Yen.

Tolonglah Jiha, jangan bagi pernyataan yang mengarut-ngarut seperti, IP MAN 2 tak best dan sebagainya. Nuar terpaksa tenangkan aku sebab aku rasa nak tumbuk aje si Twister yang kerek sangat. Nasib Ip Man tak tumbuk sampai K.O Rasa nak belajar Wing Chun aje lepas ni. (Perasaan setiap kali lepas tengok Ip Man)

Iqbal, sangat behave bila dengan Auntie Ika. Bila aku ngan Nuar jaga aje dia suka nak push-push limit kesabaran kami. Terima Kasih Iqbal. Tapi si Pamina, anjing rumah sebelah. Tunggu masa aje nak kena racun dengan kitorang sebab suka benar mengonggong waktu Iqbal tidur. Tunggulah kau!!

Owh! sepatutnya lebih ceria kan? sebab dah dapatkan 'Our' time. But still.. kami yang tamak ni rasa macam tak cukup. :P

3 comments:

Nau_awa said...

eh ada ke perkataan mengonggong? bukan menyalak ke? ha ha

cik puan daun said...

ada lah... dia menjerit macam sedeh2 gitu.. tapi nyampah aku dengar..

keyno said...

ip man 2 bukan la xbest..cume ip man yg 1st tu lagi hebat..kui..kui..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!