Nasi tomato dan EL

  • 4
Ahad lepas, secara tak langsung, masak lebih sket sebab ada tetamu nak datang untuk ambil barang daripada aku. Jadi, tetiba rasa macam terbuat makan-makan secara hebat pula. Siap dengan creme caramel bagai. Menu, nasi tomato (ika masak), kari daging, ayam goreng berempah, salad timun dan tomato, tak lupa juga acar buah khas daripada johor. Terima kasih Amyz kerana bawakkan acar buah yang sedap gilak. Home-made occay. Ni yang nak buat lauk-lauk kenduri utk makan bersama acar buah nih. ;)

Jadinya memang rezeki amyz untuk makan sedap di rumah aku. Biasanya, kalau orang datang hari-hari biasa secara adhoc, biskut kering pun takder. Memang rejeki baby la amyz kan?

Iqbal Wafiq pula demam kahak. Isnin tu ambil EL, untuk jaga budak merap. Ya ampun, kalau Iqbal tak sihat, memang bergayut macam koala. Nuar pula kebetulan cuti hari buruh. So ada kawan untuk jaga Iqbal. Selalu tu, aku sahaja yang cuti bila Iqbal sakit. Tak dapat la Nuar berkeji-keji tengok wayang. Kesian Nuar. Tapi demi anak, takkan nak berwayangan bila anak sakit kan? Alhamdulillah, saya dapat suami yang considerate. Syukur sangat-sangat. (Sayang, ini pujian ikhlas, bukan ada makna apa-apa tau)

4 comments:

PnConfused said...

hehehehhehe.....


ada makna pun xpe kan puan daun????



sdp tuh nasik tomato.. :)

Amy Z! said...

terima kasih sgt2.. langkah kanan aku hari tu. smpai skrg tak dpt lupakan nasi tomato ika.. hahaha.

tak apalah. jaga anak sama2 pun seronok juga. bila dah sehat2, sama2 pergi tgk wayang. sweet kan?

up on my forehead said...

Nuar memang considerate, ini bukan pujian sebab esok pagi-pagi Nuar kena korban tidur dan hantar aku ke stesen keretaapi tapi sebab there's times bila kau least expect, Nuar akan tunjukkan concern. Seperti, memasan aku jaga belakang aku ha ha ha.

And Amyz, sebab Nuar kena dera dengan aku, dorang dah claim babysitting session awal-awal lagi untuk berwayang-wayangan!

WFL990 - O'usommes-nous? (Where are we?) said...

Ika, boleh gie buat date ngan Iqbal.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!