Lagu untuk Iqbal.

  • 6
Aku ada habit, freestyling lagu bila bersama Iqbal. Atau tidak bersama Iqbal. Bila aku seorang diri dalam kereta, akan menyanyi lagu yang lebih kurang sama. Dengan lirik yang berbeza.

Biasanya, aku akan nyanyi bila aku senang hati. Iqbal berperangai baik atau sahaja je nak annoy Nuar. Ini adalah lagu masa on the way balik daripada lunch tadi.

Semuanya di bina daripada ayat yang tah apa-apa dan kadang-kadang maknanya pun bukan-bukan dan tiada kaitan antara satu sama lain. Selalunya ianya adalah puji-pujian untuk Iqbal. Yang ini, dinyanyikan dengan nada comel dan bernasihat.

Tajuk: Anak Mama Iqbal Wafiq.

Anak mama budak baik
Kalau jalan kedek-kedek
Suka senyum cebik-cebik
Bila gelak dekik-dekik

Anak mama jangan nangis
Nanti besar pandai tulis
Bila makan sampai habis
Muka comel ikan bilis

Note: Inspirasi daripada paradigma9 - Affan Bau Butter

6 comments:

Amy Z! said...

ala comel-comel.. :D

zonaku said...

ikan bilis????

Nau_awa said...

aku suka tang jalan kedek-kedek tu. walaupun aku x penah jumpa iqbal ni syura, tapi kalau ko tanya aku.. budak ni memang dekat di hati-lah. heh leh buat menantu nih

seri said...

salam,
Wah mama iqbal pandai tulis lirik...

cik puan daun said...

amyz: ehehehe.. shomen shomen

zonaku: A'ah, ikanbiliss.. :P

Awa: Ramai dah booked. Kena masuk queue..

seri: freestyling.. ehehe.. lantak2 aje.. :)

Dairi Hati said...

suka la lirik ni.. pinjam, pinjam!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!