Fengshui atau tidak?

  • 6
Walaupun dah lama duduk dirumah ni, memang ada juga la plan nak nak usha-usha rumah. Dah usha-usha tapi aku dan Nuar masih belum decide nak reside di mana. Jadi, pencarian masih lagi diteruskan.

Sehingga malam tadi, tuan rumah aku, seorang cina yang sweet dan tak banyak songeh, menelefon Nuar. Nak tahu bila kitorang free, dia nak bawa seorang fengshui master untuk meneliti fengshui rumah yang aku sedang duduk ni. Dia ada beberapa buah rumah sewa, dia akan pergi setiap rumah untuk dapatkan bacaan fengshui.

Kalau bacaannya bagus, dia akan bagi masa 6-12 bulan untuk kitorang cari rumah lain lah. Alahai, dapat tak bayangkan betapa menyampahnya pindah-pindah rumah? Termasuk proses cari rumah yang sangat menyampahnya. Dengan barang-barang lagi. Gila la. Dan costly tau!!!

Jadi, aku pun google la pasal lokasi rumah dan macam mana nak baca fengshui. Dan even tanya kawan cina aku, tapi dia ni tak percaya fengshui. Dia rasa semua tu bullshit yang membuatkan kita spend money. Aku setuju dengan dia. Bila rumah berada dalam lokasi bad fengshui, kita kena beli barang-barang yang boleh memberi penambah-baikan pada fengshui rumah itu.

Lokasi rumah aku kalau dipandang sekilas memang tak berapa bagus. Mengadap T junction. Menurut http://www.absolutelyfengshui.com/fengshui/feng-shui-house-surroundings.php, tak bagus. So Yay!! Tapi mengadap bukit dan ada tasik yang banyak ikan dan orang memancing dalam tu. Bagus pulak. Adoi lah.




Tapi kawan aku kata, semuanya bergantung fengshui master juga. Dia boleh push mana-mana yang dia suka dan suruh beli barnag-barang yang boleh encounter T-junction punya bad fengshui. Deng!

Secara keseluruhanya, masa aku, Nuar dan Iqbal bergantung pada fengshui master nih. Aku hanya boleh berdoa, somehow, rumah-rumah yang lain lebih prosper fengshui-nya daripada rumah aku ni. Kan?

6 comments:

Pnut said...

eheh tak pasal kang kena pindah..sabau je la... nak beli rumah pun skrang kemain mahal... seram tgk harga-harga rumah teres skrng...

Amy Z! said...

harap2 tak de la pindah2. mmg payah nak berpindah randah nih. feerrr..

kaezrin said...

kan aku dah ckp depan junction mmg tak fengshui abis...so dun bother...

julianne said...

aku baru je pindah rumah. sampai sekarang aku tak kemas apa pon lagi kat rumah baru ni. biarkan je la semua berlonggok dalam plastik dan kotak. kekeke

pindah rumah mmg memenatkan.

Dairi Hati said...

ya, pindah rumah amat memenatkan.. Lain la kalau pindah terus masuk umah sendiri kan!

farah said...

apa kata ko beli jer ruamh tue.. kot2 owner boleh let go murah skit....

aku memang "tobat" dah pindah rumah nie... penah ooo...

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!