Dua makan-makan di hujung minggu.. Yay!

  • 3
Weekend yang lepas ini adalah weekend makan lunch free. Pertama sekali di rumah Farah. Rumah Farah bertentangan, (ini adalah betul-betul bertentangan) dari rumah aku. Macam mana boleh kebetulan berada dikawasan yang sama pun hanya tuhan yang mengetahui.

Farah buat birthday party untuk anak sulongnya, Anis dan paginya, buat kenduri doa selamat untuk housewarming rumahnya. Kitorang datang lambat sedikit. Iqbal baru bangun tidur pada pukul 1 lebih. Dan lepas bersiap-siap pun dah pukul 2.45. Panas gila cuaca petang tu. Aku dah pening-pening sket sebab lambat makan. Malas pula nak memasak semenjak dua menjak ini.

Alhamdulillah. Sedap gila masakan dirumah Farah. Semuanya homemade tau!! Dan seronok berbual dengan mak Farah yang tak cam aku. Katanya aku dah hitam sedikit berbanding masa bujang dahulu. Last aku jumpa adalah pada 6 tahun lepas. Aku pun hampir tak cam mana satu mak Farah. Apetah lagi mak Farah nak mengecam aku.

Ahadnya pula, customer aku yang berapada di PUJ5 pula buat housewarming lunch. Aku makan dengan gembiranya. Sedap gila ok! Bubur kacang hijau durian dia sangat osem!! Kalau adik aku si Jiha tak datang rumah sure aku lepak rumah Shukor sampai habis piala Thomas.

Itulah weekend aku, yang tak jadi balik ke kampung dan berlepakan sahaja di Puncak J*lil ini. Tak ler adventurous sangat pun untuk diceritakan. Takde Jom Heboh bagai. Spend time with the family pun dah cukup kan?

3 comments:

Pnut said...

ishkkkk terasanya part jom heboh bawah sekali tu??
apekahhhh???

Amy Z! said...

spend time ngan family adalah precious!

:-)

kaezrin said...

shukor tak jemput aku..tidaaaakkkk..kakakakakaka

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!