Babylimpik - Siri 1

  • 14
Selepas kelempang kelempung tonggang terbalik berkenduri, akhirnya dapat lah hidup sebagai suami isteri. Sedar tak sedar kita bukan sahaja berada dalam alam rumah tangga, nak tak nak, malah secara automatiknya menjadi ahli berdaftar dalam babylimpik (baby olympik ).

Babylimpik adalah olympik minda dimana orang berpusu-pusu untuk mendapatkan baby dan menambah baby. Kejayaan untuk mendapatkan baby dengan cepat dan ramai dalam waktu-waktu yang singkat membolehkan seseorang tu berbangga dengan pingat dan boleh cakap apa sahaja dengan orang lain yang kurang bernasib baik. Yang lain adalah golongan bawahan dan 'loser'.

Seperti yang dibincangkan dengan kawan-kawan rapat aku, itulah hakikatnya. Selepas terlepas daripada panahan soalan, bila nak kawin? Kita terpaksa pasang baju kalis soalan yang seterusnya "Bila nak dapat baby?"

Besar rahmat bila bunting pelamin. Sebelum orang dok tanya-tanya buat sakit hati macam kita tak ada effort nak dapatkan zuriat, awal-awal lagi kita seal mulut dia dengan infomasi yang kita ni dah berbadan dua.

Ingatkan dah legalah, tak dapat soalan klise menyampah tahap dewa nak menjawap tu. Hati tambah rasa sadis bila dia kata "Haih.. gelojohnyaaaaa.. macam tak sempat-sempat pulak"

Kalau begitu kita senyum dan jawab "Gua subur dan suami sharp shooter. Memang syukur sangat-sangatlah dengan rezeki ni..!!!"

Agak-agaknya soalan-soalan lain tak akan berhenti selagi orang tu tak mampos.

Bertemu lagi di siri lain.

14 comments:

WFL990 - O'usommes-nous? (Where are we?) said...

Weiih berdesing, kira akak tahap loser lerrr - padahal penat jee jadi tok guru kat korang, keluar segala petua.
What ever it is I am happy if the people around me happy.
Allah tahu di mana kemampuan kita, biarpun kecundang dalam babylimpik.
Sob, sob, sob

cik puan daun said...

Kak na, im being sarkastic la kak. Jgn berdesing ok. Hakikatnya mulut org xleh nk tutup.

Babylimpik adalah term yg selalu kitorang gelakkan.

up on my forehead said...

Kak Na, at least you already have one, so no worries about that, it is better than being a single person, whom loves kids and getting asked by superolympians out there,

"kalau suka budak2 kenapa tak kawin?"

ha ha ha ha.

lama tak jumpa, masih ingat brownies yang sedap!

Pnut said...

nak tanya soalan juga la..
iqbal dah setahun..
bila nak dapat adik??











eyyyaaahhh eyyyahhh selak kainnnnn angkat kaki...
lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

fieza said...

huhu... Babylimpik ke...

Memang betul dah entry untuk lari dalam guni.. hehe

Depa xkan taktau bukan senang nk ada anak... *caittt*
Banyak2 pon kalau xterjaga macam mana? Sibuk plak nnt cakap dah rezeki tuhan.. terima jelah..
(dia xtau seksa camne nk jaga.. tanggungjawab besar woo...)

Nau_awa said...

aku paham apa ko rasa sekarang, ye la penah ada pengalaman miscarriage & pregant & miscarriage again.

forever...mulut orang xleh nak tutup beb!

ili syazwani said...

mak oi garangnyaa ahahahahahaha.

madulebah said...

iyah iyah (sambil menarik nafas mendaki gunung)..

i pun terpaksa berlari-larian untuk masuk babylimpik..

Amy Z! said...

kak pnut ni.. kelakar laaa.. hahahaha.. buat lawak pulak..

hai la sayang.. mulut orang mmg susah nak tutup nyehhh! koser mak!

Shukri said...

bila dah ada anak, tanya pulak bila nak dpt adik.. bg yg dah ada anak dara, kena tanya pulak bila nak kawin.. kemudian it cycles back.. soalan recycle je sumer ni.. kalau ada tenaga, dah lama gua buat isi kat kete..tak perlu isi petrol.. recycle je soalan2 tu utk buat bahan api..sbb soalan2 panas dan pedas sumer tu.. kekeke

Dairi Hati said...

mulut sesetengah orang memang tak de insurans.. sabo je la. semua tak kena. yang penting kita syukur dgn anugerah Allah dan sentiasa memandang ke bawah.

ayobkelubi said...

patutlah bila aku tanya nida. dia angin jek..keh keh keh..

syura babe, dah namanya mulut orang..mmg tak boleh tutup!

Angah said...

Tepuk tangan tanda setuju.

Aku keguguran bulan 7 thn lepas (12 minggu) pun org tanya macam2 "salah makan ke?" "lasak sangat ke?" aih.. memacam la. Aku jawab dah takde rezeki..

Aku peknen balik bulan 1. Pun org cakap jugak. "amboi.. pindah pahang terus lekat, tak tunggu2 dah" "suburnya ko ni, pantang tanam benih idop jek" Aku jawab..aku buat benda haram ke? senyaaappppp..

Lepas kawen lama jugak baru aku peknen. Sebab dah letih jawab takde rezeki.. aku jawab " baik la tak beranak tapi belaki daripada tak belaki tapi beranak" senyaaappppp..

mulut orang mmg camtu lah..

AtieSalehah said...

aku suka komen angah....huhuhu...

ala syura...mulut org ni...bukan bley seal...kalau boleh..aku le org pertama g seal mulut2 jahat itu.....

tak kisah le ada anak ke takde...anak satu ke dua ke..team bola ke...asalkan kite happy jek...

satu lagik...boleh tak ko buang word verification ni??

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!