Stroller dan Buggy

  • 3
Iqbal sudah besar sedikit dan gua gatal. Gua gatal nak tukar stroller Iqbal kepada buggy yang kecil supaya boleh muat bonet kelisa gua.

Lagi satu, kami adalah geng-geng heavy packer. Kalau balik kampung (even di banting) sure macam nak pack satu isi rumah. Buggy yang kecil adalah sangat plus point.

Iyach, saya sudah berkenan dengan itu Quinny Zapp. Thanks to Ijat for the recommendation.

Setelah SCR6 saya sudah let go, ada kawan baik beli. I love SCR6, ia ibarat cinta pertama. Tapi kerana malas nak simpan buat pekasam, saya lepaskan jua.



Dan sekarang, Iqbal ada kereta baru. Quinny Zapp 4. I know, yang di jual disini adalah Quinny Zapp 3. Roda tiga, Zapp saya roda empat. Pembetulan, Zapp Iqbal. (Nampak sangat mama yang beria-ria dengan gadjet).

Quinny Zapp 4


Quinny Zapp 3


Gembira sebab sekarag dah tiada masaalah nak membawa buggy Iqbal didalam Kelisa gua. Owh! Buggy ni untuk baby 6 month and above. So, in the future, kalau ada newborn baby (ehem.. ehemm) boleh tambah aksesori, MaxiCosi CabrioFix punya seat.



Orang sarankan, jika masaalah space, upgrade lah kereta. Kereta yang lebih besar. Tapi gua sayang kelisa gua sebab dah habis bayar ok!! Dan kalau gua tukar kereta, 7 tahun gua kena bebanan hutang. Kalau upgrade buggy, sekali bayar sahaja maaaa. Dorang ni tak fikir pasal financial freedom ke? :P

Lupa plak nak berterima kasih kepada Babah Iqbal. Jadi tak gaduh-gaduh nak menyusun barang lagi la sayang kan?

3 comments:

fieza said...

Waaahh.. Dah upgrade dah!

Yuni pon dah upgrade.. sbb berat dia dah upgrade.. hehe

Geng Quinny Zapp ler kite yer :)

Amy Z! said...

nyehhh.. lu buat gua pun tersuka la kat quinny zap nihh...

terbeli nanti~ duh!!

cik puan daun said...

fiza: yay!! kita geng quinny zapp..

amyz: oitss.. kalau dengan newborn punya extension.. sangat mahal occay.. tak baloi dowhh..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!