Go Green!

  • 7
Okay,

Selepas cool down dengan budak pipi lebam. Ala, sekejapan aje. Lepas cium-cium dia lepas ambil daripada nurseri. I dah lupa dah dia ada lebam kat pipi kanan dia.

Harap!

Tak lah. Tak geram dengan sesapa dah. Anak i tu lelaki dan dia tu mewarisi perangai over confident dan adventurous Abah dia. Mama dia tak pernah eksiden dan cedera-cedera bagai. Sebab tu la emo semacam. Yang emo-emo tu ikut perangai Mama.

Ok ok. Sambung cerita yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak menulis tentang percubaan aku untuk menidakkan fakta yang aku ni pembunuh pokok. Sepanjang-panjang aku menjaga pokok, biasanya pokok hiasan seperti pokok keladi air tu, selalu akan berakhir dengan kematian, pokok kering dan mati semula.

Aku rasa setelah bersalin dan adanya Iqbal. Aku baru mula berfikir tentang menjadikan rumah ni sebagai rumah aku. Baru nak own the house and make it mine. Jadi, aku mula nak menanam pokok yang memberi faedah. So I start my herbal garden. Mula-mula aku beli pokok cili. Looks like it growing fine.

Kemudian dia jadi kegilaan bila aku dapati pasar malam di BK5 ada abang jual pokok. So aku start growing my pokok-pokok berguna collection. Aku beli pokok selasih, limau kasturi, kemangi dan daun kari, limau purut dan rosemary (yang aku gunakan untuk masak lauk nama omputih dibawah itu). Aku juga ada pokok daun pandan yang aku tanam daripada potongan pokok dari Along. Dan juga pokok halia (tak faham kenapa aku nak tanam halia but its ok), kunyit dan lengkuas yang aku beli daripada pasar dan tanam ubinya.

Tapi aku rasa sedih, sebab tetiba pokok cili aku mula menguning dan kering. Sekarang ni almost gone. Pokok kemangi aku pun pada satu hari selepas balik daripada berhujung minggu di kampung, kelihatan layu. Dan sekarang ni gone.
Mula-mula pokok cili yang tiada keyakinan untuk meneruskan kehidupan.



Disusuli oleh pokok Kemangi yang attempt suicide.




Tapi aku pujuk hati aku. Masih ada lagi pokok-pokok lain. Pokok cili aku tu, aku sempat semai benihnya for backup. Ini adalah pesanan mama, sebab katanya pokok cili takkan bertahan lama. Cuma kemangi sahajalah. Tak apa lah. Aku let go sebab aku bukannya tau nak buat apa dengan daun kemangi tu.

Untuk orang yang takder green hand. Dalam bahasa melayu dorang kata tangan panas. But aku masih mencuba. Nuar kata, tanam pokok dalam pahala. Kalau bunuh pokok dapat apa?? uhuksss.. Jahat occay.

Go Green!!

7 comments:

madulebah said...

hehe.. go green!!

i rasa kan, u kena cat rumah u kaler ijau baru bleh tambah motivasi.. untuk u.. dan pokok-pokok u..

Macam i... hik hik hik

cik puan daun said...

ala.. mahal la nak cat rumah sewa tuh.. ai biar aje lah.. letak perhiasan kaler hijau.. seperti bumboo seat.. walker dan selimut hijau.. :P

WFL990 - a life with my yellow car said...

welcom to the club! he he he

Pnut said...

moralnya.... suruh abah iqbal tanam pokok-pokokan...

tu le eksen lagi dengan ai mengenai quilt blanket tu.. kan dah terima balasan... hahaha apekah relevannya???

eh beso juga lebam di pipi iqbal...

u ada bakat menjahit kan..ape kata belajar menjahit secara seriously and jadikan menjahit sumber pendapatan..kencang seh...jadi boleh fikir bab berhenti keja

Neo said...

arwah nenek aku mmg "tangan sejuk"..bukan "tangan hijau"..yg tu jd incredible hulk..kekeke.. tanam apa pun tetap menjadi..walaupun benih main campak2 je.. - shuk

zonaku said...

hehehhee.. all d best! tgn aku lg panas... kaktus pun mati tau!

Abuafiqah said...

Salam
macam mana rupa pokok rosemary tu eh? Nak beli jugaklah..Kat mana ada jual?
-Linda-

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!