Balik kampung.. hati girang..

  • 8
Hari Raya Aidil Adha bakal menjelang. Aku akan ambil cuti sehari awal. Jadi malam ni akan berangkat pulang ke Kuantan. Masa raya puasa haritu turn beraya di kampung aku, jadi raya haji ni kitorang akan balik ke Kuantan.

Aku suka balik Kuantan. Yang aku tak suka adalah perjalanan jauh (tak la jauh sangat.. apa? ingat ko kawin dengan orang dok Bachok ke?) 3 jam pun aku rasa jauh. Yelah, kampung aku just 45 minutes away.

Penting selepas kahwin ni adalah understanding dan tolak-ansur. Bila dah mula raya puasa rumah belah perempuan, takkan raya haji pun belah perempuan juga. Memang lah somehow satu rumah lagi dekat adaripada sorang lagi. Kita balik tetiap minggu kat rumah belah yang dekat. But lain occay. Bila first day raya tu. Its hari raya. Not any other weekend.

Lepas jadi emak, fahamlah perasaannya. Siries lain. So, harapnya tak ada lah yang gaduh-gaduh dan emak dan in laws yang terasa hati. Anak dia dah jadi milik dua belah pihak. Jadi tak boleh lah nak conquer anak dia aje. Bagi lah chance untuk beraya ke rumah belah satu lagi.

Dan, kalau mula-mula tu dah ada jadual, ikut lah, melainkan ada aral lain. Kan tak ada yang gaduh or masam-masam muka. Lagipun kan ni hari raya. :)

8 comments:

Kehelan said...

salam... akak kuantan kat mana?

cik puan daun said...

tanah putih baru.. awak pun kat kuantan ek?

Kehelan said...

kat sungai isap :)

cik puan daun said...

alahai.. dekat sangat lah nih.. ehehehe.. boleh lah datang beraya.. :P

madulebah said...

ye.. ye.. i akan belajar bertolak ansur..

Amy Z! said...

sama juga ni. aidilfitri, raya di kl. aidiladha, raya di tg sedili.

alhamdulillah, mak sendiri dan mak mertua sgt2 memahami.

Nazmi Yaakub said...

huda said- aku selalu duk bersungut dalam hati bila org tu balik lambat, keje hujung minggu, kenapa kg aku jauh? kalau jaraknya 45 minit mcm kg ko tu mesti aku drive balik.

Angah said...

alahai.. aku pun raya aji kat Kuantan wehhhh..

dush sekali kat kepala sbb tak call ko huhu

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!