Resepi: Seafood Carbonara

  • 6

Gambar 70% daripada makanan Open House Runcit-runcit pada Ahad lepas.
Gambar ihsan: kak pnut


Ada orang yang minta resepi, jadi aku tempelkan di blog ini.

1 Bawang Besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (ketuk dan cincang halus)

200gm udang sederhana (buang kepala, tinggalkan ekor)
100gn sotong (buang lapisan purple dan potong bulat)

1 tin mushroom soup
1 tin air (guna tin mushroom soup tu, kasi bersih itu tin)
250ml whipping cream
1 tin button musroom (belah empat)
1 tsp daun parsley kering
lada hitam secukup rasa

1 genggam grated mozarella cheese ( kalau tak ada, sliced cheesedale tu pun boleh)

Cara-cara:

1. Tumis bawang besar, bila dah layu, masukkan bawang putih. Sampai naik bau.
2. Masukkan Seafood. Kacau sebentar. Sampai udang dah kira-kira masak.
3. Masukkan mushroom soup, dan air. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan whipping cream. Bila masukkan aje whipping cream, kuah tu akan terus jadi putih. Wow!!
5. Masukkan button mushroom, parsley dan lada hitam.
6. Setelah sebati, masukkan cheese. Cheese akan bagi creamy consistency dan hold kuah tu jadi pekat dan maha sedap.
7. Hidang dengan spaghetti, fettucini or linguini atau apa-apa jenis pasta yang kamu suka.

p/s: kalau tak suka seafood, tukar jadi ayam yang dipotong kecil.

6 comments:

madulebah said...

TQ babe.. bleh lah ai print dan tempek kat pintu esbox ai

he he he

Mar said...

last week mar try resepi cikdaun,mashed potato+gravy & coleslaw... eerrmmm sangat sedap hingga menjilat mangkuk. yang ini pon harus try jugak ni.

TQ

mommy gaby said...

wah bestnya, tq for sharing resepi.

ella's

en_me said...

bestnyerrr..

WFL990 - a life with my yellow car said...

Cik Daun, melelehlah ayer liour akak melihat spagetti ala-ala uk nyer open house.

Amy Z! said...

wah. baru nak mintak resepi. dah tertulis. bagai dapat membaca isi hati ku. hikhik.

thanks for sharing dear. nanti nak try buat. ;-)

anyway this resepi utk serve brp org?

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!