Geram tapi kena sabar

  • 7
Bila dah pukul 1 pagi, tapi anak kita masih celik tak nak tidur.

Bila baringkan dia nangis. Nenen tak nak. Dan nak mintak dukung.

Segala usaha dah dibuat.

Dia just tak nak.

Adeih.. alahai anak mama.

p/s: Mommies, apa yang korang buat bila jadi gini?

7 comments:

Pnut said...

buat shif tido antara emak dan pak budak..
erkk tp kalo time tu pak dia keja keja shif camner la..
huwaaa kena cari jalan lain...

i kan emak tradisional sikit kan... bebudak ni kang mudah nampak benda-benda kita tak nampak kan... so biasa kat umah tu memang tersedia air yang sudah didoakan oleh ustaz2, jadi bila semua benda nampak ok, dah kenyang, tak kembung, tapi baby masih nanges nak dukung je,

ai sapu-sapu je muka baby dengan air doa itu, dan kasi dia minum air masak sikit, so far berhasil je..diam je budak tu elok tido..

wallahualam..mgkn kebetulan atau ape..tp selalunya dia ok tenang lps disapu air, dengan selawat, al-fatihah dan ayatul qursi

farah said...

betul tue..... tapi kekadang maybe kata orang, " nak beralih bulan"... tak lama lagi ko akan rasa tiduq duduk... hhehhehehe

Rashatie's said...

slalunye kalau irfan, aku just sapu minyak nonaroguy kat perut, belakang badan ngan tapak kaki. kadang2 baby ni tak selesa ngan keadaan badan dia...atau keadaan suhu bilik. kadang2 terlampau sejuk dan kadang2 terlalu panas...

lepas tu bacakan ayat kursi, hembus kat ubun2 and letak surah yasin bawah bantal.....

fareesha79 said...

mintak tolong bapak dia dukungkan...

Bond@ While@ said...

pn cik daun,
whilea dulu pun cam tu gak. time org sedap2 tido dia plak tak nak tido, nak main n dukung.

So, kesudahannya sapukan air yasin kat muke n pale dia. Dan dodoi kan dia. ni bg kat nenek dia arr, nenek dia teror bab2 pujuk memujuk. Bonda nya tak bape nak reti.. baran reti arr.. hahahha

cik puan daun said...

kak pnut, farah and atie: thanks for the tips.. tu la.. kalau kita sorang-sorang mcm mana tu kan?

ai pon tradisional gaks.. macam-macam ayat gaks keluar..

huda: kalau bapak dia tadak? susah tu..

faezah: nenek dia kat kg.. kalau ada kat kg mmg la nenek dia akan amik dalam kes-kes gitu.. ehehehe..

ezham said...

umairah skrg masa tido dah ikut time. cuma luqmann je la. kalau kes2 emergency mcm tu, mak tok dia ambik alih kejap je setel. tah apa magic mak tok dia pakai tah.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!