Masa untuk main-main

  • 5
Bila aku berjalan di shopping complex, aku seronok tengok mak-mak dan bapak-bapak melayan kerenah anak dorang. Tengok apa yang dorang bawak. Baju yang dorang pakai. Masa tu rasa macam aku, Iqbal dan Nuar sangat lah under dressed dan seadanya.

Tapi, tu la macam mana kita hidup. Secara seadanya. :D. Cuma hati ni kadang-kadang nak juga rasa bende berjenama sekali-sekala. But we are happy with our Sweet Cherry Stroller dan diaper bag yang aku rembat dari kampung.

Lagi yang aku suka tengok adalah mainan budak-budak. Kadang-kadang tengok byk betul bende colorful bergayut-gayut di stroller budak ni. Mesti best kan? Aku tengok dorang macam prepare gila lah. Dengan diaper bag dan bekas susu masing-masing. Kadang-kadang buat aku rasa incompetent aje.

Jadi aku berazam untuk membelikan Iqbal satu permainan. Konon nak menunjukkan aku ni competent as a parent dan anak aku pun enjoy dengan materi yang aku berikan. (Owh betapa insecurenya aku as a mother!!)

Aku nak permainan ini Iqbal suka dan murah. So dengan tak prepare apa-apa, aku pergi Manjaku dan ambil satu permainan yang aku rasa berbaloi untuk perkembangan minda dan fiskal Iqbal.

Jadi aku belikan ini: Lamaze Tug and Play Knot


Picture credit to: Shopink

Iqbal mula-mula tak berapa nak sangat. But lama-lama dia sudah boleh terima dan own permainan ni.

Mula-mula dia suka yang star tu. Boleh berbunyi squeak. Boleh distract Iqbal bila dia nangis. Dan kadang-kadang dia gelak bila dengar bunyi tu.

Kemudian dia start suka yang bola berjambul tiga tu. Sebab ianya berdencing (ada ke perkataan ni?). Ada loceng dalam bola tu yang boleh juga distract dia.

Sekarang dia suka yang dua gelung tu. Since dah pandai nak pegang. Dan masukkan dalam mulut dia. Malam tadi dia tidur dengan memegang gelung tu.

Yang star oren dan tiga segi tu dia tak berapa gemar. But itu pun dah berbaloi dengan wang ringgit aku. Aku beli RM49.90.



Apa-apa pun, berapa banyak permainan yang budak-budak ada. Perhatian dari mak bapak juga yang paling utama. Toys yang berlambak-lambak bukan galang ganti kepada mak dan ayah.

So, gua akan luang lebih banyak masa untuk bermain bersama Iqbal dan toy-nya. :D Kenapa gua rasa entri ni jadi macam bagus-bagus plak. Poyo!

5 comments:

Amy Z! said...

Hahaha.
Keazaman mahu menjadi mama yg dpt memberikan terbaik ukt anak. Biasalah tu.

Cuma bila diorang lebih byk duit, of course la boleh beli itu-ini untuk anak-anak dia. No worries. Kau masih ibu terbaik untuk Iqbal.

Iqbal tak pandang mainan banyak2 tu skrg. (tapi mungkin bila dah berusia 5 tahun ke atas dan ada kawan yg berlagak, "Mak kita belikan kita robot boleh cakap.." Then yes la. Tapi itu cerita lain. Harhar)

Skrg, Iqbal ada mama & ayah yang cuba yg memberikan Iqbal yang terbaik. Iqbal mesti membesar dengan comel, dan tak akan mintak robot yang boleh bercakap, bila dah besar sikit nanti.

Haha.

neeza said...

nice blog u've got here :-)..

ezham said...

Luqmann dpt barang mainan recycle tinggalan umairah je. Dan mostly barang umairah pun recycle dari sepupu dia. tu pun dah tak habis main.

Stroller Sweet Cherry skrg kelas2 apa. Yang umairah punya dulu still cantik takde pape problem pun.

Yang problemnya cuma dua-dua taknak duduk dlm stroller. Kakak nak berjalan je. Adik nk berdukung je. Patah pinggang aku.

Kartini said...

aku ada duit ka tarak duit ka...mainan anak aku secotet itu lah. and we all sentiasa under dress haha. tapi betul la kadang2 nak jugak berjenama and dapat jugak la.. but as long we know who we are.

ironicnya...maybe sebab anak2 aku duk kampung..derang lagi suke main pasir, tool box atuk dia, baking tools aku ...isk isk ...

cik puan daun said...

Amyz: sekarang ni sumer bende adalah untuk anak.. ahaha

neeza: tq! :)

Am: Takde berangan recycle untuk aku, since anak buah aku lebih kurang baya2 tu gaks.. kalau dorang tak nak dok dalam stroller.. ko beli baby carrier laa.. mcm aku ada sekarang nih..

Tini: anak aku belum cukup besar nak naik barang2 kat rumah.. ahaha.. bila dah besar.. aaa main la dengan baking tools aku tu aaa..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!