Siapa kata kegawatan ekonomi tak mengganggu gugat kehidupan. Sangat la BULL.

  • 13
 
Posted by Picasa


Sudah berumur 3 bulan anak aku. Sempena 3 bulan, Iqbal kena tinggal dengan abah. Abah pesan supaya Iqbal jaga Mama baik-baik. Jadi good boy. Senang di jaga dan menyenangkan hati mama, nenek dan atok.

En.Suami berkursus induksi di Penang. Alhamdulillah. Syukur sangat. Suami saya menjadi mangsa kegawatan ekonomi. Syarikat close down sebab fund dari US dah di hentikan. 6 bulan juga saya jadi sole bread winner. Gaji saya tidak lah seberapa. Tapi alhamdulilah bertahan. Yang penting!! kerjasama.

Suami dah dapat proper job dengan proper pay. Di Cyberjaya pula tu. Dekat aje!! Interview Pegawai Tadbir Kontrak yang dia hadiri tempoh hari pun mengena juga. Tapi, terpaksa lah menolak. Saya gembira, dan nampak suami pon dah dapat semangat untuk meneruskan hidup semula. Heartbreaking tengok suami begitu.

Masa tu adalah masa untuk bertahan. Allah duga dengan sebegini, keluarga dan kawan terdekat juga susah hati dengan kisah kami. Yang menghadapinya pun sama. Cuma tak mahu tunjuk, supaya suami tak bertambah susah hati. Kita tahu yang hati dia sudah pun susah. Air mata mengalir pun kesat sendiri. Tapi kadang-kadang suami lap juga air mata kita. Nak sorok macam mana, muka ni bukan boleh jadi plastik selalu.

Syukur sangat-sangat. Ini semua berkat sabar, usaha dan rezeki anak juga. Walaupun kerja syif, kerja juga kan?

Suami nazar nak botakkan kepala. Kenapa la bernazar tak tanya orang dulu. Kita yang nak mengadap dia dan kepala botak dia. :P

13 comments:

spyz said...

Alhamdulillah..

Dulu aku sgt skeptikal bila org kata 'rezeki anak', tp lepas alaminya sendiri bbrp kali.. ada benarnya.. (moral: jgn takut utk tambah anak :) )

Tiap kita dah ditulis awal2 lagi kan?

Amy Z! said...

alhamdulillah~
mudah2an selepas ini, makin tambah2 rezeki~ insya Allah. doa dari jauh. hehe.
iqbal cumeyy!! :-* muah!

ezham said...

Alhamdulillah..
Syukur lah.

madulebah said...

Saya xdak apa nak komen.

Tapi budak Wafiq itu x mau kawan dengan saya.

Saya sentap

Angah said...

Taniah cikpuan daun

Setuju dengan spyz.. bila dah berlaku pada diri sendiri berkali2 aku mmg percaya konsep rezeki anak..

Yang pasti ibu dan ayah tak henti usaha kan :)

-------------------- said...

nazar tuh sebagai tanda syukur kepada Allah.. Bersyukur dgn cara membotakkan kepala.. tak proper.. (menurut pandangan satu ustaz tu)..

farah said...

syura...

aku pun pernah rasa.... sebulan lepas kawin tetiba company zubir kena tutup..... wah... dah la baru nak mula hidup..... memang aku paham macam mana ko rasa....
alhamdullilah..... bila sedar aku pregnant, zubir pun dapat MIMOS.... memang rezeki anak......dugaan hidup namanya....

fareesha79 said...

syura,
aku pun pernah alami. baru kawin husband aku berhenti kerja dekat JB. Sbb nak cari kerja kat selangor. Almost 6 months baru dapat kerja. Lepas kerja 6 bulan dia berhenti lagi sbb shift dia tak serasi. almost sethn cari kerja baru. Akhirnya bila dapat kerja baru... aku pun pregnant. Rezeki tu bertambah. Dapat kerja pulak dekat area serdang yg aku ulang-alik belajar ke UPM. mmg sama-sama kita org ulang-alik. Aku pun tumpang senang... SYUKUR... Yg penting kena sabar dan berdoa. Ramai je kes macam ni aku jumpa. Kawan2 yg balik cuti belajar, husband pun terpaksa cari kerja baru ramai.

ayobkelubi said...

betul

apa yang penting?

KERJASAMA

p/s : gelakkan nida sebab iqbal tak nak dia.hehehehe.

books4sale said...

nida - wafiq bukan taknak kawan dengan kau tapi sebab kau selalu rasa dia dengki dengan kau that's why!

dengan aku dia ok jer, co-operate saja! :P

WFL990 said...

Cik Puan Daun, sebenarnya dugaan dalam perkahwinan yang diberikan Allah adalah untuk menguji sejujur mana kita dalam cinta yang dipertahankan.
Semua ini mengajar kita menjadi redha dan sabar. menerima hakikat bahawa insan yang hidup bersama kita adalah manusia seperti kita juga yang tak lekang dari kecacatan, kurang sangat kesempurnaan.
Doa akak semoga Daun dan Nuar tabah. Dengan ketabahan ia akan mematangkan kita.
Take care
Kak Na

zonaku said...

syukur.. tiap y Allah datangkan pada kita ada sahaja hikmah disebaliknya!

ili syazwani said...

comel ah citer ni :D

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!