Perjalanan ring sling yang jauh... Destinasi seterusnya.. Midvalley Megamall!

  • 10
Salah satu barang yang aku beli secara impulsive adalah ini. Pada April lepas.



Dapat diskaun 20% daripada harganya yang boleh la tahan juga. Hati melompat-lompat ria bila dapat bungkusan. Ini adalah salah satu daripada keindahan online shopping. Bila parcel tu sudah berada ditangan.

Malang sekali bila cuba masukka Iqbal dalam position 'cradle hold' (sebab dia masih lagi baby), menangis-nangis macam la orang cubit dia. Ayah cakap "Jangan di siksa budak tu". Mama menambah "Budak tu kecil lagi nak di dokong macam tu".

Selepas-selepas tu, aku ada cuba beberapa kali. Aku masih tak nak putus asa dengan ringsling aku tu. Masih lagi gagal. Iqbal tak nak.

Semalam, ayah Iqbal ada sesi karaoke dengan team dia. Ini adalah perjumpaan pertama dengan Vice President A*MD. Nuar tak nak pergi, yelah, meninggalkan aku seorang dengan Iqbal. Tak pernah tau. Tapi aku memikirkan yang Nuar perlu berkenalan dengan teman sekerja dan para boss, aku suruh dia pergi.

Aku dah hampir putus asa. Dah usha Ergo baby carrier, Snugli's dan Baby Bjorn. Tapi harga fullamak, kalau aku tak beli ring sling haritu, memang aku sambar satu. Memang kejap lagi aku buat satu entry untuk jual Ring Sling aku.

Iqbal suka didukung. Aku suka letak dia kat bahu aku. Iqbal pon selesa macam tu. Jadi aku sekali lagi praktis position 'tummy to tummy'. Tengok siap-siap video kat youtube http://www.youtube.com/watch?v=HdP_KcN20uw. Letak Ring Sling siap-siap. Dan ambil Iqbal dari nurseri.

Masa berdua-duaan begini, senang sikit nak praktis. Tak ada pressure daripada Nuar. Nampak gaya dia macam hint untuk jual aku nyer ring sling tu. Tertekan occay.

Dan finally, dengan sekali percubaan, aku berjaya masukkan Iqbal. Iqbal diam dan selesa. Aku siap praktis dua tiga kali keluar masuk. Bawak pergi dapur, ambil air daripada peti sejuk. Minum. Jalan-jalan sikit. Iqbal tak menangis. Yeah!!!

Cuma tak ambil gambar. Sebab pakaian aku sangat tak sesuai untuk di papar disini. Nanti aku ambil dan letak. :D. Mungkin Ergo baby carrier, Snugli's dan Baby Bjorn boleh di KIV dulu. Akan tetap ada dalam wishlist, supaya senang Nuar nak bawa Iqbal. Haram dia nak memakai ringsling kaler merah tu. ;)

 
Posted by Picasa

10 comments:

Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh said...

syura..

letak dalam stroller.... senang skit nak bawa gi jejalan....

cik puan daun said...

stroller ada.. tapi iqbal wafiq x tenang dalam tu. And leceh kalau usung stroller ,lelagi nak bawak pi shopping..

gerbera said...

Setuju. dalam stroller senang. Boleh letak barang2 shopping. Tapi kadang2 budak kecik ni taknak duduk dalam stroller. Cubit jugak dia ni nanti. Tapi saya sangat suke tgk org pakai ring sling ni.
*Bedasarkan pengalaman menjadi bibik kepada Myra & Qhumaira

farah said...

kalau ko nak jual sling nie.. aku nak book.. hehehe.. boleh upgrade bibik aku punya sling.... hehhehe

kouchan143 said...

Yuni pon xmau masuk Sleepy wrap (lebih kurang Kangaroo gakla) :(

Masa praktis ngan iqbal tuh lepas bf ke? Kena pilih timing yg sesuai jugak kan nak praktis masuk tuh? hehehe

cik puan daun said...

gerbera: memang.. kadang-kadang budak2 tak nak duduk dalam stroller.. iqbal mcm tu lah.. kejap2 nak kena angkat.. letih makcik.. suka tengok orang babywearing.. mmg best..

farah: owh.. tak jadi jual la sebab iqbal dah nak dengan ring sling tu..

kouchan143: mgkn kedudukan tak betul atau position tu dia tak suka.. praktiskan Iqbal masa dia tgh tenang2.. tapi masuk aje.. terus nangis... ehehe.. tapi kali ni nak pulak dia.. try tummy to tummy or cradle hold.. or tunggu dia besar and praktis lagi..

undomesticwifey said...

uh oh..ring sling itu santekkkkk!!

I'm a ring sling user/lover. Stroller dah masuk dalam stor..hehe.

I think you're doing fine. But I hope you don't mind kalau I komen sket. Kaki Iqbal tu kena bengkok kan lagi sket, macam budak budak duduk dalam buai gittuew..or else lelama nanti ade marks kat kaki dia. macam kesian la kan..

Other than that I think you will do just fine. RS comes in handy especially bila baby merengek tak sedap badan nak berdukung je..

jiGOMorrison said...

Aku tak beli sling sebab membazirkan duit aku je. Beli mahal-mahal, tapi bila berjalan, aku yang kena dokong anak. Apa kes? Heh!

cik puan daun said...

undomesticwifey: ringsling yang jumpsac jual mmg cantik-cantik.. rasa macam nak beli semua.. ahaha..

aha.. bila tengok gambar mmg perasan yang kaki iqbal tu in the wrong position.. kena practice lagi ni.. thanks for the comment..

jigo: ahahaa.. aku rasa ko yang kena ada baby carrier yang macho.. supaya senang ko nak dokong anak ko.. ahahaha..

ezham said...

kes aku sama cam jigo. ahahaha..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!