Hari Pertama bekerja

  • 5
Arghh.. boring gila.

Tadi pump susu, dapat 4oz aje. Ni la masaalah aku. Kalau kat office, malas nak makan minum. Kena lah!! Wajib lah!! Kalau dak macam mana nak cukup susu untuk Iqbal Wafiq?

Masa hantar kat nursery tadi, Iqbal Wafiq tengah tidur. Dan dia baik lah atas carseat dia. Masa bagi kat Su, dia tengah menggeliat. Harap dia tak meragam lah. Si Iqbal Wafiq.

Pagi-pagi tadi terkangkang kiap jugak lah. Nasib barang-barang untuk ke nursery dah settle malam tadi. Bercakap tentang malam tadi, Iqbal Wafiq tak nak tidur. Biasanya, akan tidur daripada pukul 8 ke 12 malam. Ini tak, sampai pukul 11 malam dok tidur-tidur ayam. Last-last gua give in, tidur sambil nursing. Baru la lena itu budak. Geget karang. Ahahaha

5 comments:

mugiwara said...

selamat kembali bekerja...
dengan semangat baru...
dan identiti baru...
yay!


tolong gigitkan iqbal wafiq untuk saya~

hahaha!!!

fareesha79 said...

syura,
aku kalau nak cepat susu keluar, aku picit2 nipple tu, imagine baby hisap. mmg akan cepat keluar, tak buang masa. keluar pun laju je.

supersomething said...

woh! grafik sungguh komen anda pn fareesha! :P

daun, kalau tak silap aku, there are supplements (pills) you could take to promote better milk production. Juga orang-orang old skool selalu bilang, makan sayur banyak2.

IZ

Angah said...

cikpuan daun..

nursing masa nak tidur tu sangat au natural. aku mmg buat camtu untuk kedua2 anak pun. Biar lagi lama dia direct nurse ngan ko. hormon prolaktin lebih banyak dirembeskan waktu malam...jadi lebih baynak susu untuk dipam waktu siang

pump siang tu teruskan.. chaiyok!! adatla kengkadang dapat banyak kengkadang dapat sikit.

minum banyak air, makan banyak sayur, boleh minum milkmaid tea/ pil ASI.

Yang paling penting stick to pumping schedule dan jgn risau2 okey...

farah said...

betul angah kata tue... stick pumping schedule... perah jugak w/pun x byk.. lama.. body akan ikut rentak dan timing ko....4oz tue x cukup.....

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!