ADSL Modem Cokia apakah??

  • 5
Aku mendaftar untuk Streamyx pada hari Rabu lepas. Dan selepas all the phoneline thingymajing, aku dapat disuruh untuk mengutip Modem ADSL di TmPoint tempat aku mendaftar. Tmpoint Menara Pucuk Rebung that is.

Sampai disana selepas menunggu, (meja pendaftaran cuma ada dua, dan orang yang handle cuma ada sorang) staf tu kata, modem habis. Yaeah.. TmPoint. Cawangan besar dia, modem habis. Ok sabar.

DIa suruh aku kutip kat Bangsar, ko tau la leceh gila. Aku pun pergi ke Bangsar, sempat juga parking haram. Mana ada parking halal yang available di Bangsar? Kalau ada mmg kau adalah salah seorang yang diberkati lah.

Aku dapat connect to Streamyx pada hari Selasa. Tapi pada hari Khamis ni, pagi tadi aku dah takleh nak connect. Baru aje nak bagi pujian, dah ampeh.

Kontraktor yang datang tu kata, point kat luar tu faulty. Sebab bila guna modem dia pun tak boleh gaks. Dia pun pergilah reconnect to other port. Bila dia datang kembali, guna modem dia ok. Dan modem aku plak rosak. Dem sangat kan?

Semalam Nuar last guna sampai kol 1 pagi, ok aje. Nuar turn off lagi sebelum masuk tidur. Apa yang buat modem aku rosak? Kilat nak sambar pun tak leh. Apa sebenarnya? Modem yang baru berusia tak sampai seminggu boleh rosak? Barang cokia apa yang TM bagi pada kitorang? Dem sangat-sangat. Buat aku takder connection sehari lebih.

Esok kontraktor tu datang bawa modem baru. Sekarang ni terpaksa survive dengan Celcom 3G gua lah. Nasib baik gua belom potong 3G gua lagi. Haih!!

5 comments:

madulebah said...

Wow!!

Patut lah gua selalu nampak lu online malam-malam. Eh bukan lu. Nuar. Ha ha ha..

Gua pun ala-ala tak sabar nak pakai streamyx. Tapi gua rasa sayang pulak nak potong 3g sebab bila balik kampung ia berguna.

Setakat ni redha dulu lah dengan bill gua yang banyak.

hEr namE is diEla said...

cik daun,
rumah kat mana ye?
saya syorkan pakai wimax...
lebih laju dan bagus dari streamyx

gerbera said...

TM ada promosi voice call.Kat puchong ni streamyx boleh tahan F1 speed dia. Nasib masa nak masuk line tak banyak ragam. Salesman yang sangat berdedikasi update status sepanjang masa. And dapat phone yg ade caller id secara percuma. Opss..saya bukan agen TM :)

rudy bluehikari said...

celcom 3G ada masalahkah? ke sbb mahal sgt? igt nak amik celcom broadband

neo said...

daun, aku dulu penah keje as streamyx installer kat penang.. mmg modem skrg ni cokia jugak kualitinye.. dulu2 TM pakai aztech, dan ada 2 jenis lagi brand yg quite ok.. aku pun pakai streamyx kat umah, tp aku tak amik pakej yg ada modem.. bli modem Dlink kat low yatt plus bli wireless-G AP Belkin kat pc fair.. so utk sesapa yg nak pakai streamyx, better opt for no-free modem package.. - Shuk

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!