Dilema Ibu berpantang : Baby Blues

  • 7
Sebenarnya, masa awal-awal berpantang, mood aku swing. Sekejap rasa gembira, bersyukur, kejap rasa sedih tak pasal-pasal. Baby blues agaknya.

Apa yang ada dalam kepala aku adalah. Takut dengan tanggungjawab ni. Besar!!! Ini adalah satu nyawa yang bergantung pada kebolehan aku sebagai seorang ibu, untuk jaga dia. Uruskan dia. Bagi dia makan. Didik dan nurture dia. Semua lah bergantung kepada aku. Aku takut yang aku tak mampu. Aku akan buat kesilapan. Screw up. Buat dia choked on something. Pakaikan baju yang tak matching (seperti aku juga). Tak sabar dengan kerenah dia. Sakiti dia dengan tak sengaja. Tak perasan yang dia sakit. Senarainya tak berkesudahan.

Masa tengah menyusukan dia, aku menangis. Rasa kasihan, sebab Iqbal dapat aku sebagai emak dia. Yang tak mampu nak jaga air pokok keladi bagi hidup. Iqbal bukan pokok. Dan bukan patung dalam kelas Antenatal kat UMMC.

Aku ada sistem sokongan yang sangat membantu. Bila aku rasa tak keruan, aku akan luahkan pada Nuar. Atau aku akan call bestfriend aku (bukan senang nak cari masa senggang untuk bergayut),dan pour it out. Kalau aku simpan, makan dalam kot. Manusia perlukan reassurance. Aku tak terkecuali.

Aku perlu yakinkan diri, bahawasanya, ianya semulajadi. ianya ada dalam diri aku. Aku perlu gali dalam-dalam aje. Aku capable untuk jadi ibu untuk Iqbal Wafiq.

7 comments:

madulebah said...

a'ah bukan senang nak cari masa untuk bergayut telefon. Tu pasal aku sms dulu tanya. Tapi senyap juga, aku redha kan je lah

-------------------- said...

Syura...

Despressed masa dalam confinement tue biasa.... sebab tue dalam masa tue kita perlukan sokongan...

aku dulu masa anis, tiap-tiap malam aku nangis,.. tambah2 dia OT baby..ahak... dan aku rasa dia jadi orang ketiga antara aku dengan zubir...

lagi terukkan... tapi lama-lama, kau akan pandai sendiri.. itulah istimewanya menjadi 'mama'

-farah-

ayobkelubi said...

babe, jgn risau.dia akan datang dengan sendiri dan jayanya..

Kartini said...

babe dun worry... it will come naturally... now is too early. baby pun belum pandai interact lagi dengan ko. once dia respond and start to smile, giggle, buat aksi2 menarik...they will be the best gift ever ;)

sinaganaga said...

Ha ha. Aku ada nama panggilan untuk Iqbal = Jigu. HA HA HA HA HA.

cik puan daun said...

nida: ko kena redha yang aku ni bukan milik kawan-kawan lagi.. aku ni milik si iqbal wafiq.. ahahaha

farah: syukur sangat aku ada orang disekeliling masa confinement period ni.. utk support emosi rollerkoster aku ni.. :P yang penting tak hilang arah...

ayob: thanks beb..

tini: tak sabar plak rasanya nak tunggu saat tu..

naga: tak sedap!!

books4sale said...

eeeeeeeee siapa itu mahu panggil anak buah aku jigu????!!!! sungguh tidak handsome untuk wafiq!

cyclops kan nickname dia! haha!

babe, as always, dun worry, you can do it!

-ika-

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!