Diari Bakal Ibu : Valid lagi ke tajuk ni? ahha

  • 24
Perkhabaran gembira itu benar. Gua terbersalin awal la plak. EDD (Estimated Due Date) 18 march 2009. tau-tau 1 March gua dah selamat dah. Aku masih di awang-awangan lagi.

Baby boy, 3.28 kg. 1109 pagi di Hospital Serdang. (Wad kelas 1 dia best gila occay!)

Terima kasih atas ucapan dari semua orang. Sangat-sangat dihargai. Setakat 4 hari aku bergelar ibu ni, susah weihhh.. ahahaa. Mencabar sungguh.

Kisah bersalin aku, akan aku pubslish kemudian. Ni pun curi-curi mengadap internet selepas bidan kampung check baby datang dan berurut.

Sms yang tak terbalas dan call yang tak terangkat tu aku minta maaf yach? Lepas upgrade status nih, tengah nak biasakan diri dengan jadual baru. Nak letak gambar pun tak sempat.

Nama baby, dah shortlist tapi belum finalized.

p/s: Keep the order of Perempuan Simpanan coming. I'll listed the booking orders later!

24 comments:

fareesha79 said...

pengalaman aku 3 bulan pertama mmg kelam-kabut, lagi2 first baby. Memanglah tersgt mencabar. baby boy lagi kuat menyusu. macamana ko terbersalin awal??? Doktor check ko dah bukak jalan ke????

selamat menempuh hari2 bakal yang dilalui.

kouchan143 said...

Congratulations & Alhamdulillah..

Tak sabarnye nak datang melawat...dkt Sijangkang ke skarang?

Saya pun menunggu masa...ade 1 bulan lebih je lg...:)

Water Lily said...

Tahniah ler Daun :)Dah boleh raikan Hari Ibu.

Encik Awak,sila jaga anak isteri baik-baik ye hehehe..

tasikmerah said...

minggu orentasi. he he.

tiada lagi tidur malam tak lena. :)

tahniah ya.



.

Amy Z! said...

oit oit. high lagi ke weh? hahaha.

baby gabby said...

congratttt. :)

-ella

sinaganaga said...

:)

mira zin said...

congrats!!

ladyfloppy said...

Daun, semalam tgk gambar baby dengan emak.. dia kata tembamnya pipi anak daun.. zaza kata tu trademark emak dia... kekekeke

err.. nak order perempuan simpnan tapikan baru teringat yang romlah pun belum ambik lagi.

Nuar baik hati tak? Nak mintak tolong poskan.. duit nanti zaza maybank2u.

-zazapepod

ladyfloppy said...

lupa plak, bukanlah nak soh pos segera... nanti2 pun takpa... :)

Raihan Shaari said...

Tahniah.. kenduri cukur jambul, jemput ye...

Pasihah said...

Congrats. Baru je jumaat tu borak ngan ko, ahad ko dah deliver. Alhamdulillah, everything okay, kan?

Princess Liyana said...

congrats akak!huhu nnti jgn lupa upload gmbr baby tau;)huhu

ili syazwani said...

dah tengok gambar baby ehehehehe. memang tembam.

RieNa said...

ko dah bersalin daun?????

alhamdulillah, aku yg terlebih hepi...tahniah buat kalian berdua. moga anak kalian akan membahagiakan klian dunia dan akhirat..amin!!

doakan aku ya!!

gerbera said...

cik daun & en.awak
tahniah

mugiwara said...

mak cik daun dan pak cik awak,
tahniah~

nk tgk gmbr baby~

er..jgn lupa nama sy dlm list perempuan simpanan tersebut~

effa_tools2 said...

tahniah daun!

pengalaman bersalin mmg susah nak digambarkan..hehe. Tuhan jadikan kita terlupa saat getir itu bagaimana rasanya, supaya next time kita boleh bersalin lagi.hehe.

tahniah sekali lagi buat daun dan suami..

Nic said...

Daun, congrats.... seronoknya dapat dua cucu sekaligus ya.. boleh kenduri sama2.. berurut dgn bidan mana kat kg?
Akak dulu Wak Hol, tapi baru2 nie try dengan Kak Asmanah.. bessttt.. lepas nie stick dgn dia je.

ayobkelubi said...

:)

Ibuuuuu...

kemat said...

TAHNIAH

F.a.i.z.z.a.h said...

wah, tahniah2! bestnya...leh kawan ngan baby whilea!!!!

Voice said...

Tahniah3x...

rasanya lepas ni takde lagi tidur tak lena, tapi bakal banyak tak tidur langsung....huhuhu...

azie said...

tahniah sis:-)

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!