Diari bakal Ibu: Setiap kisah kelahiran itu adalah unik, ini cerita aku - ep 5: Ianya berakhir dengan kesyukuran

  • 25
Prak!!! Prak!!

Aku dapat dengar bunyi macam kain dikoyak disessi ketiga aku push. Dua kali dia gunting. Tapi tak rasa sakit sebab bercampur dah dengan sakit contraction tu. Bagus juga teknik dia. Ahahaha.

Yang kena gunting adalah bahagian perinium dan teknik guntingan itu dinamakan episiotomi. Seperti yang dikatakan oleh kelas bersalin di UMMC, ia adalah potongan serong kekanan yang dibuat di bahagian vagina supaya bukaan untuk baby keluar lebih besar, dan untuk mengelakkan koyak natural kearah dubur. (Tolonglah.. kenapa ia berbunyi seperti kelas antenatal aku nih)

Nurse kedua masuk. Dia panggil En.Suami yang menunggu kat luar. Aku nampak En.Suami dipintu dengan baju sarung dari depan kaler biru. Aku rasa Dua kali sessi push. Dan selepas di tegur dek Nurse.

"Jangan teran dekat tekak. Teran macam nak berak."

Sekali lagi aku worried yang keluar adalah stools bukan baby.

En.Suami bagaikan tukang bagi semangat

"Sket lagi sayang!!"

Nurse pun turut cheer semasa aku meneran.

Aku rasa macam berada dalam satu pertandingan dimana aku bertanding dengan diri aku sendiri dan semua orang bersorak-sorai untuk aku tiba di garisan penamat.

Nurse kata masa teran biar dagu lekat didada. En.Suami tolong tolak kepala aku supaya rapat ke dada bila teran. Dua sessi push-push you can do it!!! Baby keluar.

Nurse announce, baby lahir pada pukul 11.19 pagi.

Aku pandang En. Suami, En.Suami cium dahi aku.

Yang keluar dari mulut aku masa tu cuma

"Alhamdulillahhh... alhamdulillahh... "

Berkali-kali.

25 comments:

spyz said...

Prak! Prak!

Aku tbayang muka Ika tutup telinga aritu.. he he..

izZti.izztiHa ;-) said...

xsbrnyer nk rs kebahagiaan itu..

La Ujie 'da Brutalie said...

tetiba aku rasa macam nak menangis. gilo

Kartini said...

syura...ko buat org yg dah anak dua mcm aku pun tak nak bersalin lagi ok!!! sgt ngeri. cube ko tulis yg indah2 plak lepas ni....tak sanggup aku nak baca sampai abissss :P

mugiwara said...

lepas baca entri ni dan entri sebelum ni, saya rasa meremang jek...
perempuan yang melahirkan anak memang hebat!
mak saya memang hebat!
saya sayang mak saya~

Amy Z! said...

isk isk.. aku teringat kata orang, sebelah kaki dah masuk kubur waktu bersalin~ berjuang dengan maut. isk isk isk..

jihad~

u are mom now and u are very special person~ :-)

RieNa said...

aku bergenang air mata baca entry ni.
aduh..

siksanya seorg ibu melahirkan seorang anak.

wahai anak, kasihilah ibumu..

sob sob sob

mira zin said...

awwwwww~

Angah said...

Aku ingat aku sorang jer rasa macam dalam sukaneka hahaha..

aku masuk labour room masa dah bukak 9cm, ketuban tak pecah lagi, doktor pecahkan saja, rasa nak push, dapat sorakan sekali, push dan keluar adneen humaira..

Misi yang sorong aku masuk labour room hantar katil sorong tu keluar, dia masuk balik aku dah pegang baby..

Hubby aku tak sempat rasa suspen. Bini dia paling last masuk labour room dan paling awal keluar.

Alhamdulillah.. labour dipermudahkan Allah..

Pnut said...

Erkkk ngeri ek...gua dua kali kena hiris perut utk keluarkan baby, kali pertama tak sedo diri kena siat diperut,

kali kedua lebih rileks, cool sempat bergurau senda dengan nurse, doktor... boleh rasa perut kena hiris, kena sempang dengan penyembang besi, boleh rasa kena jahit perut, semua-semua sambil borak ngan doktor, masa tu idak le rasa sakit..tapi lps abeh kesan bius...
serik noks... ya ampun tak sanggup dua nak lalui kali ke3..

cukuplah dua... Alhamdulillah..

lanterajiwa said...

salam... tuan tulis... tumpang promote tee-shirt ya... =)

T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC

(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )

(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )

(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )

(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )

http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html

madulebah said...

aiyorkkkkk!! Lagi gua ngeri sampai rasa kebas-kebas lutut..

Tapi very touching ar

tasikmerah said...

tahun depan sorang lagi yek? he he.

:)


.

Wani Ardy said...

saya link-kan awak dalam weblog saya, bawah geng perempuan simpanan (books). harap tak kisah. :)

Amiene Rev said...

Salam,

Mari kita perjuangkan ini:

http://dukeamienerev.blogspot.com/2009/03/we-want-malay-in-google-language-tools.html

saudagar gaRAM.. said...

buat gua..

speechless.






thanks mak..
adoiii...


rock rock cam gua pon jadi syahdu beb..

Dato Paduka Masri said...

hm....


meremang bulu2 dada aku....


tahniah.....


syukur alhamdulillah.....

Pasihah said...

daun, aku dah bayar perempuan simpanan. n aku dah email alamat.

mummy said...

betapa hebatnya seorang ibu melahirkan anak.....

pada suami - sila jangan diabaikan wanita yang rela korbankan dirinya untuk mu...

pada anak - jangan sakiti wanita yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan mu....

pada si ibu - terima kasih dan perngorbanan mu mmg tiada galang ganti nya..

MushroomCute said...

Lum terlambat kot nak ucap tahniah... Bravo bravo..

MushroomCute said...

Aku tak pernah baca kisah Ibu nak bersalin mcm ni punya detail tapi relaks. Sampai buat aku rasa mcm aku plak yg nak terbersalin. Huhuhuh...

f.a.i.z.z.a.h said...

serios, saket contraction lagi saket dari segala2nya. tapi masa saya kena gunting tu, doc tak bagitau..dia main gunting je! huhuhu...

walaupun melahirkan baby kicik, tapi still kena gunting sebab tak de bukaan yg sepatutnya! memang mengerunkan. eish..pengalaman!!

rudy bluehikari said...

gulp....

pinkafella said...

syura bebeh,

haha sorry 2 say br sempat all d 5 eps tu..d 1st 4 mmg saket jantung aaaa bace..tp yg last eps tu sgt touching huhu..nk nanges!!serious ok!!

l0veyd0veyd00 said...

takutnye! mcm taknak beranak je !!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!