Diari bakal Ibu: Setiap kisah kelahiran itu adalah unik, ini cerita aku - ep 1. Beg Hospital dah ready!!

  • 0
Ya, aku kata masa 26 minggu aku akan siapkan Beg Hospital. Tapi haram tak jalan. 26 februari baru siap membasuh baju baby. Tak ada motivasi lagi.

29hb february : Minggu ke 37++

Pagi tu aku rajin. Vakuum ruang tamu!! Entah. macam dapat wahyu daripada langit.

Kejutkan En.Suami bangun. Dan mula mengemaskan beg persediaan hospital. Baju dan barang baby yang lain, aku simpan dalam satu bekas. Dan angkut sekali balik ke Sijangkang. Hampir setiap minggu aku balik kampung. Sekarang, malas nak memasak. Jadi En.Suami pun rela aje balik ke kampung aku sebab makan minumnya lagi terurus.

Malamnya aku rasa tak sedap pinggang sket. Minta En.Suami urutkan. Biasa lah rutin sebelum tidur aku. Adalah back rub and foot massage khas daripada En.Suami.

Mana la gua tau, esoknya gua nak terberanak masa tu. Kan?

Status facebook aku malam tu adalah : dah siapkan Beg persediaan Hospital!!! yay!!

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!