Pasca Maskara 13

  • 6
Wow.. Maskara sudah yang ke 13. tapi bila bercakap dengan vovin, lain kali, maskara akan dibuat dua bulan sekali sahaja buat aku rasa sedikit kecewa tapi rasa ok la juga. Sebab selepas bulan 3 aku dah ada extra tanggungjawab. Dengan baby, mungkin akan kerap miss maskara. Next maskara will be on June, Yay! dah habis pantang! boleh la pergi.

Owh bercerita tentang persembahan malam tu. Sangat-sangat sukakannya.

Kuchi menyanyi dengan gitar dan puisinya deep ok. The unborn pon dapat feel dia occay.

Adam Kasturi, seperti yang aku bincangkan dengan si hayazi, aku terasa seperti menonton Mirrormask - Neil Gaiman. Dengan lagu yang membawa aku ke zaman gua belajar di UK dulu. Otak aku tak tercapai ok. Puisi dia tahap dewata raya. Sesekali dictionnya persis Nasir Bilal Khan. Kapow!!!!

Jonos si pengantin baru, mocking Pyan Habib kah? mencuit hati aku dan harap En.Suami juga mahu Jadi PMMMMM.. (Papa Mithali)

Fynn Jamal, apa yang perlu aku katakan? Fynn ni pemikir yang penuh jiwa. Passionate. Nasyid yang Fynn dendangkan diakhir persembahannya tu aku tau. Tapi cuma dua rangkap pertama. Ni masa zaman-zaman sekolah menengah aku la. Jadi tak dapat la nak bernasyid bersama Fynn. Rangkapnya tak diulang-ulang. Jadi, Fynn la nasyid sorang-sorang. Aku dan nida sudah pakat awal-awal, by hook or by crook, nak juga ambil gambar dengan fynn. ;)

Pipi, argh.. malas la nak citer mamat kelakar nih. Naskah dia aku dah baca di blog, tapi lagi kelakar bila dengar dia bacakan sendiri. Dapat dengar separuh aje, sebab sibuk ber-camwhore dengan Nida.

Ana Raffali, persembahan yang aku tunggu-tunggu. Ok, gua stalk Ana dalam blog dan dalam youtube. Punya lah suka lagi dari tingkap kaca, sampai hafal. Keji occay. Ana diiringi oleh Aidit Alfian (gua jerit - Tapak sulaimaannnn!!!) dan seorang pemain Chello (aku ambil gambar dia utk Dila Raden), nampak pro gila la. Lepas persembahan, sempat bergambar dengan Ana dan mintak dia pegang perut gua supaya anak gua kalau dapat 10% of her talent pon ok lah. ;)

Maskara kali ini tak seperti maskara yang lain-lain. Makanan dapat tajaan daripada Katering Che Hassan yang menyediakan nasi ayam yang sangat sedap. Kedainya boleh didapati di Ampang Park.

Azzam Supardi, sebagai pengantara yang kelakar dan berjaya mengawal audien. Kalau datang lewat ke maskara, duduk la kat tingkap tu. ;) Jangan risau, datang aje sebelum maghrib, boleh solat di tingkat atas Rumah Pena. Lepas tu leh touch up mekap dan cop tempat duduk.

 
Posted by Picasa


Gambar-gambar cantik boleh dilihat di Sol-jah.

6 comments:

azie said...

seronok jumpa kak daun:-)

can't wait to see the baby.

saudagar gaRAM.. said...

mana gambar yang "kita" amek dgn ana tu ya?

upload ar...

Water Lily said...

Yes! Ana memang hot..ramai lelaki bujang yang menitik air liur tu.

yang tak bujang pun ahaks!

ps: Daun,mereka dakwa mereka ada tiga bujang hahaha!

kirim salam sama Encik Awak.Moga2 selamat melahirkan baby nanti .Amin!

lovers-sinners said...

memang macam mirrormask!mula-mula rasa mcm buk,tapi buk versi lama sangat.

"mencari kafir dalam diri"

ok.tu je yang aku ingat.

hehehe

dila raden said...

aaaaaaaa

malu nak tanya....

aaaaaaaaa

cellist tu single lagi ka?
=D


punyalah dah lama teringin pi maskara, tak dapat-dapat pi lagi

mungkin nak kena tukaq kasi tak teringin baru boleh dapat pi kot

TAK TERINGIN AH PI MASKARA! TAK BEST!

hari tu turun kl tergesa-gesa pasal ada jpj test kalau tak mesti dah pi punya tak tipu oh

Princess Liyana said...

huhuhu..slmt melahirkan baby ek kak;)chayo2!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!