Diari Bakal Ibu: Breast pump

  • 7
Sebelum berkahwin lagi aku kerap baca blog kawan-kawan aku yang gila BF (Breast Feed)-kan anak dia. Dalam hati aku kata, dorang ni memang berdedikasi sungguh. Dorang punya drive untuk bagi yang terbaik untuk anak dorang buat aku pun rasa nak jadi seorang gi BF. Tapi kadang-kadang aku meragui kemampuan aku. Yer lah, kadang-kadang gua ni hangat-hangat taik ayam aje.

Banyak kelebihan bila anak di susu-ibukan. Semasa aku pergi kursus dengan En.Suami tentang persediaan bersalin dan penjagaan anak selepas kelahiran di YU EM EM SI, memang rasa lagi nekad untuk bagi susu ibu secara ekslusif pada anak aku. Sekurang-kurangnya 6 bulan pertama.

Selepas berbincang-bincang dengan Elin, aku ambil keputusan untuk beli breast pump cap Medela PISA (Pump in Style Advanced). Ya ya ya.. mahal sket. Tapi aku rasa ia adalah pelaburan yang berbaloi. Kalau beli kat luar, harganya RM1699. Tapi aku jumpa website ni: http://mylilaida.blogspot.com/, menjual dengan harga RM1399. Website ni ada juga jual range lain Medela. Medela FreeStyle dan juga Medela Harmony.

Dalam masa 2 minggu, InsyaAllah, aku akan dapat Medela PISA aku. Aku harap korang doakan yang aku berjaya jalankan misi gila BF aku. Aku dapat sokongan daripada Angah dan Elin yang dah ada pengalaman ekslusif BF dua orang anak dorang dengan jayanya. Angah juga dengan baik hati menghadiahkan aku botol susu BPA free. Terima kasih sangat-sangat.

7 comments:

baby gabby said...

syura.. ella nier..
good luck in breastfeading. aku ngan huda support hang.. kitaorang pakai yg biasa2 nya breastpump pun can manage,, inikan lagi pisa..
naper tak go medela FS?? nanti kasik review on PISA jugak tau.

cik puan daun said...

ella.. thanks for the support.. aku tak beli FS sbb mahal sangat.. and ramai kawan aku kata PISA pon dah ok dah.. :)

kaloi said...

bestnya ko beli PISA tue....aku dullu regret sebab dkt anis susu x byk....utk irfan nie,mmg fully breastfeed....

nor said...

sy sedang hamil anak pertama, tringin la nk join kursus persediaan, mcm mn yea nk register?sy cari gak guna pakcik google tp xjumpa..

cik puan daun said...

farah: tu la aku tengok irfan tu.. cemerlang!! sihat mcm anak buah aku gaks.. :) comel aje tengok..

nor: yang saya pergi di UMMC.. Cuma telefon Puan Rohaya ( dia co-ordinator dan penceramah) untuk tanya bila the next session. 012 391 8032. Pergi waktu kandungan dalam 7 bulan dan bawa suami sekali. Satu sessi yuran dia RM50.

Angah said...

Everything in support fo breastfeeding :)

Ada apa2 mau tanya you have my number.. Another 2 months for Adneen to turn 2. My journey of exclusively BF is ending...

can start another project hahaha u nkow what I mean..

motif aku cakap omputeh?

fareesha79 said...

syura, yup aku sekarang pun masih memerah susu kalau di ofis. tapi lepas 5 bulan setgh aku dah cmpur dgn isomilk. susu soya. tapi aku pastikan sekurang2 3 botol susu bdn aku sehari mesti dapat. so, kalau campur pun at least 1 atau 2 botol je. Mlm mmg fully breast feeding. Jimat cost beli susu sebenarnya. Tapi mmg kena commitment yg tinggi.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!