Diari Bakal Ibu: Basuh baju baby

  • 3
Mula di pembaringan pada pukul 11 malam. Cumanya tak dapat nak lelapkan mata. Baby bergerak dengan rianya. Masa nak tidur lah, waktu yang paling aktif. Kejap-kejap keras belah kiri. Kemudian keras belah kanan. Sekejap lagi dia buat summersault berpusing pula.

Otak pula tengah ligat berfikir, beg persediaan ke hospital belum siapkan lagi. Jadi, gagahkan diri bangun, kumpulkan baju-baju, tuala, selimut, booties & mitten serta kain lampin baby untuk dibasuh. Letak dalam baldi. Bawak turun ke bawah. En.Suami tengah tengok tv cerita tah apa-apa tah.

En.Suami tanya, apa tu?. Aku jawab, baju baby untuk di basuh. Tolong basuh ye sayang? Tak payah guna sabun, bagi rendam dalam 10 minit pahtu boleh bilas dan spin.

En.Suami jawab, okay.

Kerja basuh baju adalah tugas En.Suami. Sebenarnya, almost semua kerja rumah jadi kerja En.Suami. Aku? memasak. Itu pun kalau larat.

Semalam, selepas keluar daripada kereta dengan perut yang sarat, booties and mitten tu di sidai di porch mengundang senyum dibibir aku.

Comel sangat!!!

p/s: Dah boleh start pack beg persediaan ke hospital dah! Yay!

3 comments:

Amy Z! said...

Comelnya~

cik puan daun said...

amyz: mmg sangat comel.. :P

RieNa said...

aku kalau baca diari bakal ibu kamu ni, seolah2 membaca perihal aku utk masa2 ke depan ni.

thanx daun!!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!