Diari Bakal Ibu: 35 minggu

  • 16
Kadang-kadang aku ni tak sedar masa berlalu. Nasib aku letak baby ticker kat blog ni. Kalau tak aku sendiri tak ingat aku dah mengandung berapa minggu.

Kak Nita kata, selepas 36 minggu, baby dah full term. Dah sedia untuk hadapi dunia. Full term. Maksudnya, kalau lahir selepas 36 minggu. Baby tu bukan premature atau tak cukup bulan.

Aku tau, proses bersalin tu sesuatu yang unik. Engkau mungkin begini, dan aku mungkin begitu pula. Jadi aku untuk menghilangkan rasa gementar, aku tanya kawan aku, Ina, macam mana dia bersalin. Dia cerita, dalam minggu ke 36, dia pergi ke hospital untuk booking tempat bersalin. Tau-tau doktor tahan dia, bgtau dia dah beberapa cm opening. Petang tu terus dia deliver.

Jadi, seminggu aje lagi menuju ke 36. Aku kena siapkan beg hospital. Just in case.

List daripada seorang kawan:

Untuk Ibu

- Kain batik
- Selipar / can wear with socks
- Stoking
- Maternity/nursing bra
- Pad
- Bra pad
- T-shirts
- Toiletries
- Towel
- Drinks(air masak masuk dlm Flusk)
- Food (kit Kat / Roti / Biscut)
- Disposable Panties

Untuk baby

- Lampin
- Selimut with Cap and w/out
- Mitten and booties
- Tuala
- Toiletries + Baby Oil
- Clothing / Jumper suit
- Bakul / Carrier
- Kain Bedung

Sebenarnya, nak bersalin kat mana pon masih belum ada kata putus. Haih!!

16 comments:

izZti.izztiHa ;-) said...

sy lak excited nk tunggu akak bersalin..hihik

ainyusof said...

betul, betul, betul...saya sokong!

Amy Z! said...

bagusnya. aku kena simpan list ini utk kegunaan masa depan. hehehe.

fareesha79 said...

Diapers jgn lupa!!!!
Baby oil penting. nanti ko siapkan satu beg untuk masuk ke dewan bersalin. senang. nak masuk ke dewan bersalin terus capai beg. baby oil + tuala + sepasang baju + mitten+booties + diaper. Yang ni semua siapkan awal2 utk masuk dewan bersalin. lain2 masuk beg je.
selamat bersalin. baca doa nabi nuh keluar ikan nun banyak2 supaya mudah bersalin.

books4sale said...

yup, a bag in the hall would be a good ready option.

aku suggest bersalin di KKH, ini sebab, kita boleh ngaku kau ni partner aku and claim duit incentive kerajaan aku, free2 jer anak lu dapat 6k beb! convert about 14k tuh! kau dah ada tabungan simpanan ribu riban on the first day si kecik hadir didunia kita.

kau dapat cuti tiga bulan, bergaji! satu bulan lagi kau boleh claim AFTER a few months later, tak ke seronok tuh?

what do you think?

-kawan kau yang mithali-

Princess Liyana said...

akak!g private..kerajaan layanan dia kureng ckit..alaahai..pst rwtn islam ke..kpj ke..hmm chinese maternity ke..hehe..tp ongkos la ckit..good luck kak!;)

en_me said...

moga moga selamat semuanya..

-------------------- said...

Syura..

biasanya, kita akan bersalin dalam minggu ke 38-39..... jarang 36 minggu tue......
tapi apa-apa pun, by 36 minggu tue kita kena get ready dah.. jangan jalan jauh-jauh.... mild contraction may be akan rasa......

-------------------- said...

syura....

Jangan lupa untuk add dalam list ko tue...

1. Air selusuh
2. Madu @ Manisan ( untuk sapu kat mulut baby lepas dia keluar)
3. Air genggam fatimah
4. camera ( untuk ambik gambar) hehhe

-farah-

RieNa said...

wahh..nape aku yg nebes walhal kamu yg dah dekat nak bersalin???

list yg kamu buat dan yg kwn2 kamu add in mmg sgt membantu. nanti aku akan dtg rujuk blk.

oh ya, mak mentua aku pun slalu pesan suh baca doa nabi Nuh tu sekerap mungkin.

cik puan daun said...

izzti & ain: ehehee.. akak pon eksaited gaks.. sama-sama laa

Amyz: aku ada dalam excel.. nanti bila aku rajin.. aku bagi yach!

huda: lampin tu diapers la.. cuma aku jadikan bahasa malaysia.. :P ehehe.. thanks.. for the doa tips.. minyak bayi tu minyak yuyi tu la kan? utk elak kembung perut..

ika: nama hospital tak commercial langsung.. :P tak nak aku beranak kat singapore.. ahahaha

liyana: tengok pada bajet aaa.. sekarang ni tgh ekonomi krisis.. :P

en_me: terima kasih.. :)

farah: thanks.. aku tak expect nak bersalin dalam minggu ke 36.. cuma aku ni kan kadang-kadang lupa.. ahahaha.. thanks for the additional list.. ;)

riena: tak apa, biar nerves tu pi kat ko sekejap.. kasi aku tenang... ehehehe.. tapi haih!! bkn senang nak hilang neves.. ahahaha..

bagus la kalau list tu membantu.. :)

fareesha79 said...

syura...aku ada cerita pasal bunga fatimah. Orang kata kalau dah kembang baru minum airnya untuk mudah bersalin.

Yang kelakar, masa adik aku nak bersalin, bunga fatimah tu tak kembang-kembang. kuncup aje. Adik aku memang bersalin caesarian.

Masa aku nak bersalin, bunga fatimah tu, kembang semekar-mekarnya. Alhamdulillah au bersalin dgn normal.

Aku tak pasti adakah bunga fatimah ini ada aura dengan orang nak bersalin... orang kata dah kembang dlm air baru minum airnya.

ili syazwani mk said...

wah..dah hampir bersalin.. cepatnya masa berlalu..

mrsazi said...

semoga selamat semuanya..amin

Raihan Shaari said...

Kalau nak bersalin private, K.An suggest g Pusat Rawatan Putra, Sg. Buloh. Tpt K.An bersalinkan 4 orang anak K.An. Dr Zarul and staffnya memang no 1 layanannya..

jiGOMorrison said...

Jangan lupa, lampin pakai buang yang murah-murah untuk bayi. Hari-hari awal kelahiran, memang selalu akan berak, jadi tak perlu nak sediakan lampin yang mahal-mahal.

Susu tepung untuk bayi. Erk... ikut kesesuaian. Takut susu ibu tak keluar, kasihan pula bayi kelaparan.

Aku doakan kau dan bayi selamat! InsyaAllah!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!