Malamku

  • 4
Bukan tetiap hari aku masak. Semalam adalah Selasa, hari pasar malam. Jadi membeli di pasar malam sahajalah. Aku beli YongtauFu yang cukup-cukup makan berdua.

Kemudian rambang mata pula tengok ketam besar-besar. Beli la dua ekor. Berangan nak di lemak kuningkan. Ferrr.. Meleleh air liur aku. Agaknya penangan muntah sebelum masuk pasar malam.

Entah kenapa. Lepas aje aku parking kereta di tepi tapak pasar malam tu. Macam ada satu bau menusuk hidung aku. Buat aku tersedak dah batuk. Bila dah batuk-batuk tu. Mula la perut aku yang dah cramped with baby bagai dirodok-rodok. Yeah! aku muntah limau yang aku makan buat hilang loya dalam kereta tadi. Kapish. Habis semua. Tapi lega sangat-sangat. Yeah! hodoh sangat pemandangan seorang perempuan mengandung muntah di tepi jalan. Tapi nak buat macam mana. Owh!

Lepas makan malam YongTauFu, kepala aku sakit la plak. Jadi En.Suami suruh aku tido sambil teman dia tengok tv. Pukul 12 malam, En.Suami kejut. Tido atas katil proper. Tapi aku dah tak mengantuk. En.Suami kejap aje dah berdengkur. Lepas golek-golek, pukul 1.30pagi aku masih tak leh nak lelap. Tapi aku dok tengok En.Suami. Setiap kali dia beralih posisi. Muka dia mesti tersenyum. Comel la pulak. Mimpi apa la dia ek?

Masalahnya, bukan En.Suami yang comel. Aku ni haaa. Tak boleh nak lelap mata. Memang sekarang susah nak tido sket. Ish ish ish. Aku akan pasang side table lamp supaya aku boleh baca buku kalau tak dapat tido. Ni adalah azam dari 2 3 bulan yang lepas. Cuma malas nak cari kotak lampu di longgokan kotak hadiah kawin tu.

Haih!!

4 comments:

neo said...

hahaha..hadiah kawin aku pun bnyk yg x pakai lagi...tak tau la bila nak pakai...bila dpt beli umah sendiri kot baru nak pakai...erm..

tasikmerah said...

sama macam aku. hari ada pasar malam, aku tak masak. ha ha.


.

books4sale said...

beb. kan kat bilik aku tidur ada side lamp tuh, pakai jer tuh dari punggah kotak2 weih!

Amy Z! said...

Bedside lamp aku ada dua. Tapi aku takde bedside table. Hahaha. Tak tau nak letak mana. azam nak baca buku sebelum tidur masih belum tercapai. haha.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!