Diari Bakal Ibu: Hari Lahir

  • 5
Hari Lahir yang simple. Cuma lepak-lepak dan cuddle dengan En.Suami dirumah. Selepas maghrib baru bersiap untuk keluar makan malam.

Makan di TGIF. Alhamdulillah. Sengaja nak mencuba Rib yang maha popular tu. Sangatlah overrated. Aku tak berkenan dengan BBQ sos dia. Yang lain ok lah. Sebagai pemakan sayur tegar, apa-apa pun nak kena order salad juga. So Salmon Salad dia quite nice. But ada rasa hamis ikan. Pregnancy ni buat aku nyer sense sangat sensitif.



Sejak-sejak 2 3 minggu ni, aku develope a sweet tooth. Kek, coklat, ais krim dan sebagainya. Jadi, aku order mini delights. Satu aje menyesal aku order, the tropical delight. Ada kelapa parut. Straweberry Parfait dan Snickers Treat (sangat sedap) adalah sangat recommended.

Kemudian, jalan-jalan di kedai-kedai barangan bayi. Belilah satu dua benda untuk baby ni. Alhamdulillah. Hari Lahir yang simple dan aku gembira begitu.

++++++

Belum ada hadiah hari lahir.

Bila En.Suami tanya, "Nak apa?".

Aku jawab "Tah.. tak tahu nak apa".

5 comments:

tasikmerah said...

hepi belated befday.

agak2 next MASKARA sempat tak aku jumpa kau?



:)

cik puan daun said...

tasik.. masih sempat lagi.. kalau aku larat aaa.. aku due bulan 3.. :)

spyz said...

ini pesanan (yg tidak diminta) utk nuar,

aku doakan sehingga 10 tahun lagi(dan seterusnya) ko masih akan celebrate hari2 seperti ini..
Aminnn..

ada satu pepatah kata, ia adalah a mistake seorang lelaki utk celebrate (insert whatever) for the first time ~ dark humor.
sebab.. the other party akan expect this event to took place everytime the date came near..

:-)

Angah said...

Masa hari lahir aku tahun 2006, hubby bagi beg yang sangat besar..masa tu aku pregnant Adneen.

Dia kata.. senang nak isi barang anak.

Hadiah tu untuk aku ke untuk anak? aku pun confuse.

cik puan daun said...

spyz: ko terlalu banyak baca pasal relationship.. ahahaha.. but takkan tak celebrate kots birthday aku.. tergamak sangat2 la tuhhh..

angah: tu mcm hadiah utk anak ajee.. ahahaa.. aku masih lagi tak tau nak apa.. mcm tak perlu aje bende-bende materi nih.. *wow.. mulianya aku.. *

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!