Bercinta dan berkahwin.. Sebelum dan selepas

  • 13
Menghabiskan masa berdua-duaan dengan En.Suami. Sudah lama tidak berdinner di luar berdua-dua dan menonton wayang. Aku cuma ada masa lebih kurang 4 bulan sahaja untuk berdua-duaan sebelum bertiga-tigaan. Jadi, mengikut cadangan ahsuez (seorang lagi mak buyong yang hip!), aku tengok sahaja cerita apa-apa yang ada di I0I mall itu. Painted Skin it is.

Parking di bahagian bumbung I0I memang leceh sedikit. Automatic parking payment ada di sebelah yang satu lagi.

En. Suami memarkir di ruang masuk yang paling hampir. Dibelakang MyVi berwarna putih. Seorang lelaki keluar daripada sebelah pemandu dan pergi ke automatic parking payment berkenaan.

Jadi, En.Suami dengan lembut bertanyakan,

"Boleh awak tolong bayarkan parking?"

Rm3 dihulur bersama tiket parking.

"Ok.."

Aku keluar daripada isi perut kereta. Sambil menjeling sebelah penumpang didalam myvi putih. Owh! seorang awek. Menunggu sambil memandang windscreen yang berbintil gerimis.

Usai membayar. Aku masuk kembali kedalam kereta.

"Cuba tengok kereta depan tu, awek dia tunggu aje dalam kereta. Bf dia yang pergi bayar parking"

"Masa bercinta memang gitu, tak apa.. tak apa.. Biar kite yang bayar parking. Lepas kawin.. dengan tak kira la mengandung ke, kena jugak turun kereta, pergi bayar parking dalam hujan-hujan"

Aku pandang En.Suami. Sengih-sengih.

"Alaaaa.. tolong laaa.. takkan takleh" En.Suami cubit peha aku.

"Adoiiii!!!" Hahahahaah.

Cepat-cepat aku peluk lengan En.Suami untuk mengelakkan pencubitan seterusnya. Aku sambung dengan ucapan penutup.

"Kepada awek dalam kereta MyVi, Silalah enjoice zaman percintaan anda. Sebelum menerima nasib yang sama selepas berkahwin seperti saya"

Hahahaha

13 comments:

madulebah said...

tolonggggggg

kau buat aku rasa nak kaweeeeeennnnnn

tasikmerah said...

nida... nida... he he...

daun, ni aku bagi jadual tugas kamu lepas bersalin nnti..

memasak - daun
mengemas - daun
basuh baju - daun
bangun bagi susu anak tengah malam - daun
bayar parking sambil dukung anak - daun

he he he....

ya, kamu benar. bermanja2lah sewaktu bercinta...

:)

chomel007 said...

uya...ko tahu tk web homepage yg ko bagi dlm geocities tu : http://cikdaun.sites.cc
adalah site yg outttttt...terkejut aku bila buka. ishhh. ko open la utk org ramai bg komen, malas nk jd blogger...x psl2 kene register

fareesha79 said...

alasan laki bila dah kawin. "Bercinta lain, dah kawin lain". Nanti time bayar makan pun si isteri yg membayar. Bila berjalan, si isteri ditinggalkan jauh ke belakang. Memang seronok zaman bercinta, semua laki ambil berat. Bila dah kawin alasan laki "banyak lagi benda yang nak kena fikir" Itulah hakikat hidup.

Amy Z! said...

tolong menolong + tolak ansur.

:-)

Apa salahnya? Bila dah kahwin, tolong suami dpt pahala byk. Alahai. Berkatnya hidup.. :-)

Amy Z! said...

Eii.. Main cubit2.. hikhik. Comelnya~~

ayobkelubi said...

hahahahaha.

Sekurang-kurangnya itu mengikat kasih sayang. ;)

mangobiru said...

hehehe

Suami-suami ni memang patut di ingat-ingatkan.

applephye said...

hehe..setuju la sangat dengan entri ni..

berry said...

oh nsb...heee:>
kena bseng2 lenang tyme skun...:P

ili syazwani mk said...

Sebenarnye kawin bes ke tak jejejejejejeje

jiGOMorrison said...

Nasib baik, aku seorang lelaki yang caring. Hehe!

lullaby said...

bes ke tak kawin?

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!