Diari Bakal Ibu: Perang nama

  • 12
Hampir memasuki bulan ke-5. Perut aku sudah besar, cumanya baju-baju aku dibuat utk cater perut yang besar.

Jadi, aku masih tidak membeli baju maternity lagi. Bukan tajuk berapa besar perut aku yang aku mahu tulis. Cumanya, aku sudah berfikir-fikir untuk memberi nama kepada baby yang belum lahir ini.

Timbul konflik antara aku dah En.Suami. En.Suami mahukan dua nama untuk anak ini. Aku pula mahukan satu nama sahaja.

Aku mempunyai dua nama : Nu*rul A5yura
En.Suami mempunyai satu nama: Anu4r

Aku rasa satu nama adalah cool dan mudah. En.Suami merasakan sebaliknya.

Yang paling ironi sekali, anak ini belum diketahui jantinanya lagi. Aku sudah ada nama untuk bayi perempuan. Dan En.Suami sudah memilih nama untuk bayi lelaki.

Lebih ironi, aku tak kisah nama yang En.Suami pilih. Tapi En.Suami sangat-sangat kisah dengan nama yang aku pilih.


Why??????

12 comments:

Amy Z! said...

Hahahaha.
Kisah la. Nama anak dia. Binti/bin kan dia nanti. Hahaha.

SHIMI said...

Aku pun gitu gak masa anak pertama dulu. Memang kita excited untuk mencari nama. Yang penting ia membawa maksud yang indah dan baik

Pnut said...

hikss..over occay, belum tau jantina dah pilih nama...
take care tau..moga selamat semuanya..eeeeiiii kita lak tak sabar nak tengok edition nuar dan syura punya production...muehehehee


pssttt, itu hari lalu pnut inn lama kat PUJ, tengok rumah lama, teringat disinilah cinta daun dan nuar berputik....

zonaku said...

sabo²

Voice said...

silap2 nanti nak kompromi, anak tu end up ada 3 nama nanti. 1 campur 2. hahaha.

Gazza said...

TQ... 4 visiting my blog... Cik Daun....

theconfused said...

campur jer sumer 2 + 1= 3.. keh3...

lex cikpuandaun.... :)

Po said...

oit...memang la laki memilih bab nama anak perempuan.

karang..ter'letak' nama awek lama..

haru.

Aku tanya anak aku, cadangan nama anak lelaki kalau umi dia takdirnya, beranak lagi.

Kena start dgn A dan S.

selamba.

dia jawab..letak aje nama Alexander Sokolov.

padahnya main PS2, tour of duty.

Angah said...

Mungkin dia sedang menterjemah 'kebertanggungjawaban' dia tuh muahahahaha

Silence said...

kalau baby ppuan.. letak la nama saya.. hahahaha.. Nawwal Imtinani Oke!

fareesha79 said...

aku dulu ingat nak bg 3 nama. Tapi tak tahu nak bagi apa. Rasa perempuan so panggil Qaisarah (permaisuri). Last2 rasa pjg sgt, bg Nur Qaisarah saje.

Imie said...

hmm... cara kau berfikir macam aku, cara nuar berfikir macam mem aku lak. kami pun dah start gaduh nama anak. walhal, kawen pun blom! wahahahaha!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!