• 5
Semalam nampak banner rentang besar-besar. Khabarkan yang Pak Lah nak melawat Pantai Dalam. Wooo! Malam ni. Teringin juga nak pergi tengok macam mana parti yang satu lagi tu berkempen.

Dalam perjalanan tu ramai gila mat-mat motor berkumpul dengan bendera. Berderum-derum. Bingit telinga aku, dalam hati aku kasihan dengan orang-orang yang tinggal sekeliling. Terpaksa menghadapi pencemaran bunyi percuma disaat anak didodoi dibuaian.

Berbakul juga ika ika memaki aku kerana terhambat untuk mengikut advencer aku nan satu ini. Mula-mula teragak-agak, P Narayanan, seperti yang tertera di bajunya mengajak aku masuk. Siap memberi jalan alternaltif lagi. Yang kami amat berterima kasih, kerana membuat aku terjengket-jengket mencari laluan yang tidak becak.

Polis trafik dengan motor masing-masing sibuk on standby di sepanjang jalan dan tapak pesta. Ya, macam pesta, siap dengan pentas yang gah. PA sistem yang bagus, prjektor dan dua papan skrin. Diatas pentas kerusi-kerusi untuk VIP bersusun dan lampu limpah menghadap pentas.

Satu sudut, kawasan berpagar keliling, petugas-petugas dengan berkotak-kotak t shirt pelbagai saiz dengan lambang parti dan muka shahrizat yang divectorkan. Dari budak-budak sehingga dewasa. Itu semua kos!! Kayanya la kerajaan memerintah ni.

Ika dah resah gelisah sedangkan kalau diikutkan, aku nak duduk lagi sampai Pak Lah tiba. Dihadapan pintu rumah aku, budak-budak hingusan bertolak-tolak mengajak pergi ke pesta.

Aku saja meracun. "Tak pergi ke? Ada artis tau!" . Ahahaha

Aku sengaja bertanya, dorang menyokong siapa?

"BN laaa!!"

"Kenapa? " Aku tanya lagi

"Sebab semua orang kat Blok ni sokong BN!!!" beria-ia budak tujuh tahun yang selalu main seremban di koridor aku tu menjawab. Bukannya boleh mengundi lagi pun.

"Tak semuaaa..." Aku membalas. :P Sambil kunci grill.

++++++++

Pak Lah sampai pada pukul 9 lebih sket. Dengan hujan lebat. Mesti orang-orang yang pakai baju putih dengan muka Shahrizat rasa, Pak Lah datang dengan hujan rahmat. Tak tau gamaknya, kalau hujan lebat sket Pantai Dalam ni ada kemungkinan banjir dan air longkang naik atas jalan. Bau yang enak pon menyapa-nyapa. Owh!

Tarik balik pernyataan yang Shahrizat tak nampak bayang. Shahrizat datang dengan pesta. Huhuhuhu.

Dalam suratkhabar, katanya Mawi dan Betty Benafe menyanyi. Mana tak aku samakan dengan pesta, ada hiburan juga. Aku juga musykil, mereka datang nak mendengar bebelan dan ungkitan Pak Lah tentang apa yang telah dibuat sepanjang pemerintahannya, atau hendak berSaleha bersama Mawi dan gelek Betty.

5 comments:

Lan Rambai said...

Kita tukar tempat ngundi nak tak? kat tempat aku yg jadi calon BA tak cantik macam calon kat tempat ko lah!

zalila said...

Heran...Apa kaitan artis dengan pilihanraya. Murah sangatkah rakyat boleh diundi dengan kehadiran artis yang tidak memberi apa-apa manfaat pada mereka?

azie said...

haish, yg bertanding tuh sharizat ke, mawi n betty? kalau mawi, kompem menang, tapi kne undi pakai SMS lah..

amyz! said...

har har har...

sinaganaga said...

Hey, Dah lama aku tak tengok burung-burung bangau kat 'swimming pool' kubahan najis Pantai Dalam tu. Masih ada lagi burung-burung bangau yang datang menyinggah? He he.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!