• 6
Maskara 6

Aku ada sebakul pujian untuk maskara.. Masih dalam draf.

Ulasan Peribadi Maskara 6

Buat Perempuan separuh umur yang sedang panik kerana mempunyai gazilion list utk disiapkan demi persiapan perkahwinannya, Maskara 6 adalah eskapism yang sangat sempurna.

Menonton idola blog membaca naskah mereka impian jadi nyata.

Tapi mula-mula aku memohon maaf kerana kesedapan mihun dan popia g.r.g itu tidak mendapat komplimen air teh yang sedap. Seperti kata bayan, teh yang sungguh mas cotek. Aku notakan pada diri aku buat kesekian kalinya, ikut instinct aku. Demit!

Untuk kali ini, aku tak sempat duduk elok-elok. Malu sebab datang lambat, maghrib semakin lewat. Ok ok. Lain kali aku ikut berjemaah maghrib di rumah PENA.

Tokrimau sebagai peneraju majlis. Yach! itu tokrimau ala-ala pengacara sarkas, cubaan untuk mengidham ma'aalghunnah-kan setiap hujung nama peserta kadang-kadang tidak menjadi. Good try tokR. Aku terhibur.

Bravo kepada kumpulan Nuras yang memberikan persembahan akustik yang mendedndang jiwa. Ok lah. Sokonglah pemuzik lokal.

Aku nampak juga Sufian Abas, selama ni jadi stalker blog dia sahaja. Dan dia ingat aku ada beli Wilayah Kutu satu masa dulu. Yay! Kenapa pendek sangat? Kecewa aku terubat dengan senaskah Kasut Biru Rubina #41.

Okay, Nizam Masnawi baca samting dari komikoo. Gua sentap sket-sket sebab gua mmg kaki nostalgia. Tapi gua tak tergamak nak tengok balik Gaban, cuba Oshin aje gua tengok bila ada. Dan mengingatkan aku untuk suruh adik aku download Avatar Book 4 lain kali. Wooh!

Nyanyian daripada filem Kamal Hassan akan lebih menarik bila ada ulasan mengenai surat cinta yang di tujukan buat kekasihnya. Mungkin boleh suruh tunang aku baca sebelum akad nikah karang.

bersambung...

Pergi dulu

Alfatihah buat Panah Arjuna yang meninggal dunia Ahad lepas. Roh dalam jasad ini cuma pinjaman temporari ( tiru Taf Teh) sahaja. Bila-bila masa boleh expire. Insaf.. insaf..

6 comments:

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Ya Maskara pertama saya yang menyengat! Huahaha

Tok Rimau said...

Bukan Sarkas la. Itu style MC Wrestling. Pun begitu, tak jadinya tetap sama. Hujung nama tu bukan idgham tapi echo. Al maklumlah, PA sistem murah... echo kena buat secara manual.

Sufian said...

Pendek sebab, kalau boleh saya berlaku lucah sedikit dengan memetik kata-kata Wittgenstein:

"apa yang lebih penting ialah apa yang tak terucap"

:)

madulebah said...

uhuk kecit hai I tawwww..

tak pe lah. Lain kali bila I sub-con kat U, buat la keputusan sendiri, tak payah tanya2 I.

Uhuk

Anonymous said...

TQ for visiti my site, eh gue baca dalam blog Bayan, dia minta hp Nida, so meehon tu Nida punya ka, Bayan punya hehehe...

mardhiah

AtiQah said...

hi hi =D

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!