• 8
Selamat Tahun Baru 1428 (opsss!!) 1429 Hijrah.

Patutnya aku tak marah-marah. Nak masuk tahun baru ni. Entri sebelum ini lahir daripada frustration aku dengan phone provider aku. Ok, back to the happier event.

Yang aku suka dengan tahun Hijriah.

1. Aku hafal nama bulan-bulannya. Tanpa perlu lagu. Ok
2. Dua digit di hujung tahun hijrah tu adalah umur aku pada akhir tahun ni. Boleh digunakan pada tahun-tahun sebelum dan berikutnya
3. Cuti yang tak disangka-sangka. Macam minggu ni. Tau-tau Khamis kena cuti. Yay!

Jadi bersempena tahun baru ini. 1429. Aku akan berazam:

1. Tidak membuang masa menjadi couch/bed potato.
2. Siapkan projek rahsia ( untuk orang lain bkn orang-orang yang tau )
3. Nak kawin!! ( Sila jangan pertikaikan Sijil Pra Perkahwinan. Sijil tahun 2001 masih boleh di gunakan )
4. Manage duit dengan baik. ( Kurangkan nafsu membeli kehendak-kehendak yang sememangnya seronok. *Uhuks* )
5. Kurangkan berat badan ( Tak mahu di rujuk sebagai 'Pengantin perempuan yang gemuk itu' di hari perkahwinan )
6. Lebih istiqamah dalam beribadat ( Baca quran, Solat jangan lewat, Ganti puasa dengan cepat )
7. Menjadi Hamba yang beriman, Anak yang solehah, Adik yang baik, Kakak yang boleh diharapkan, Isteri yang taat dan tak dimurkai suami, Menantu yang menyenangkan hati, Sahabat yang mendengar, Blogger yang berhemah, Warganegara yang bertanggungjawab dan tak membuang sapah merata-rata. ( Cukup syarat perkataan-perkataan arab yang aku guna. Ini adalah entri islamic aku, tahun depan leh jadi calon entri islamic )

Ok peeps, Selamat tahun baru. Aku doakan korang No.7. (*tukar dan gantinama mana yang tak bersesuaian )

8 comments:

adik nett said...

terima kasih kakak daun kerana menjual pada adik nett henpon 3G dengan rega dua ratus...

kakak daun mmg baik.. muahsss

taufiq said...

cik daun selamat tahun baru!
konfem ke sijil pra kawin 2001 boleh pakai lagi?
hehe ilmu masih valid kire ok la kan?
ape la nak bersijil-sijil pulak

Anonymous said...

murah hati sangat2 akak daun jual henpon 3g dgn rega 200 ratus jer. mulianya!!!!!

akak, sijil tuh takde xpiry date ke?

lastly, isteri yang taat dan tak dimurkai suami? ha ha ha ha, nuar aiiihhh, selamatlah awak ya!!! kawan saya nieh taat gila dan takkan buat perangai seperti waktu kursus itu lagi ya. ha ha ha ha

aminnnnnnnnnnnnnnnnnn

-nonah-

CresceNet said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my site, it is about the CresceNet, I hope you enjoy. The address is http://www.provedorcrescenet.com . A hug.

amyz! said...

Salam Maal Hijrah, Bebeh. Aku doakan ko berjaya menjadi seperti mana yang ko impikan.

I luv you. Muah!

Salina said...

AAmin. :)

bayan said...

hi cik daun... semoga apa yang diimpikan akan terlaksana. alahai...saya telah mengetag cik dengan tema yang sama juga. harap sudi menjawab...jika ada kelapangan laa...

http://psittacula.wordpress.com/2008/01/15/tag-tahun-baru/

hata said...

Salam Maal Hijrah juga.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!