• 9
Siri bercakap tentang Tempe & Jawa

"Suka makan tempe ni.. mesti orang jawa kann?"

Ramah sahaja teguran seorang lelaki pertengahan umur separa botak semasa aku selesai menyenduk tempe & kentang sambal dari kedai 'Makannnn makannnnn (dengan high pitch dan manja)' di kawasan makan berdekatan pejabat klien aku. Dari riak wajahnya, bagaikan berkompang ria bila meneka ke'jawa'an aku.

Aku hanya tersengih hanya membuat 'eye contact' sambil mengukir sedikit senyuman di tepi bibir mengiayakan pernyataannya. Saje menjaga hati orang tua. Kalau di biarkan nak pulak pakcik separa botak baju berkotak (eh seritma plak) tu keluarkan pernyataan-pernyataan glokal yang lainnya. Menyimpulkan yang orang-orang yang makan tempe ni sombong. Lagipun mak aku pesan untuk menghormati orang tua. Pakkal aku tak jalan tunduk aje masa berselisih dengan pakcik tu masa selesai keluar dari barisan makananan kedai tu. Mahu di jadikan menantu

Bukan aku malu dengan status jawa aku. Sesungguhnya aku sangat bangga dengan susur galur keluarga aku .(nampak tak ketegasan aku dalam ayat ni?)

Kenapa dengan jawa? Bermasaalah ke? Korok (amik kau) sangat lahir sebagai jawa? Mungkin setengah-setengah jawa yang malu dikenali sebagai jawa. Mungkin menyorokkan identiti jawanya. Kalau kacukan lain sibuk menyebut "Saya Separuh Irish di sebelah bapa dan kacukan bahagia Chinese dan Indian di sebelah mak saya". Aku pula boleh jawab "Ayah saya jawa dan mak saya melayu, dengan itu saya ni jawa". Kalau seorang kawan aku tu, dia akan jawab "Yes, Im Arab. Do you have any problem with it?". Hahaha.

Sebab itulah pakcik botak baju berkotak tu bangga sangat bila dapat mengesan seorang jawa di dalam radarnya. We are rare breed.

Mungkin aku patut jawab pada pakcik tu. " Ya pakcik, tepat sekaliiii.Saya sememangnya seorang jawa. Sepuluh markah untuk pakcik. Dengan ini pakcik memenangi sebuah tv 32 inchi. Sila tepukk.. tepukkk"

Epilog

Ya, saya jawa. Saya cuma nak makan tengahari. Lapar, tadi tak sempat nak breakfast. Biarkan saya makan tempe & kentang sambal saya dengan aman. Terima kasih pakcik. Saya hampir-hampir terlupa yang saya seorang jawa, kalau pakcik tak menegur saya tadi. Duhhh

9 comments:

madulebah said...

Saya juga suka makan sambal tempe & kentang. Tapi saya bukan jawa. Saya banjar.

eerrr atau sebab saya jawa wannabe?

amyz! said...

Hahahaha. Makanan kegemaran tak ada kena mengena dengan bangsa.

Kawan aku jawa pun tak suka makan tempe apaa....

Orang melayu ke jawa ke cina ke india ke.. orang jugakkkkkkk!!

Duh!!!!!

Anonymous said...

ya saya arab yang muka india yang suka makan tempe sangat-sangat!

ada someone commented recently,

"eh you ni kalah orang jawa suka sangat tempe!"

kalau aku cakap ngan dia, "eh you nieh mcm orang arab plak nak suruh anak panggil ummi."

agak2 kau dia marah tak? hahaah. serupa macam tempe tuh BUKAN hak jawa dan ummi tuh BUKAN hak arab hahahaha

as usual, akuboleh emo over hal2 bodoh hahahaha

-ex-roomie-

nett said...

kakak daung,
saya tak makan tempe... saya tak boleh nak makan tempe sebenarnya sebab nanti saya akan jadik lebih cantik...

camne ek kak daung?

amyz! said...

nonah : hal2 mcm tu selalunya buat aku emo gaks! tensi....

kaezrin said...

ahhh bohsan anti climax dah remarks cam gitu...

aku suke gak makan tempe and kentang apa kes???

siew said...

mak aku banjer ayah aku melayu
adakah aku dikira banjer juga?

kalo org banjer dan jawa berjumpa depa cakap guna bahasa apa e?

ron97 said...

makan nasi ngan tempe dan kentang sambal jer?
gila diet..

amirahsyuhada said...

ayah saya jawa, mak saya melayu..saya bukan tak pernah ngaku saya jawa..tapi orang tak percaya..sebab sepatah pun saya tak faham bahasa jawa.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!