• 7
Fiksi: Kenapa??

Di petang yang indah, setelah berjaya memujuk aweknya daripada rajuk yang panjang. Kesalahannya bukan apa. Dia tak sengaja, di ulangi tak sengaja memberi komen pada si Nia. Baginya lipstik yang Nia pakai terlalu berkilat. Lebih mudah lagi. Selekeh.

Flashback.

"Awak, Mak awak tadi masak goreng cucur udang ek?" Sambil menghulurkan tisu. Tindakannya memberi tanpa di pinta adalah plus point dari dalam buku 'Cinta - Tips untuk lebih romantis'.


"Kenapa? tak cantik ke? Lipstick ni Ayang baru je beli. Latest dari cap LuReal. Semua artis pakai bende nih"

Nia mengamuk. Sepatutnya ia nampak seksi. Konsep bibir basah yang mengiurkan bak Angelina Jolie telah di salah ertikan oleh Nia. Bibir Nia nampak seperti Nia baru melahap cucur udang yang tidak di toskan minyaknya

"Bukan.. errrr.. err" Deng!!! jeritnya dalam hati. Dia tau yang dia sudah tersalah langkah kali ini.

"Benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii" Nia menjerit dan terus memandang ke luar tingkap kereta.

Hasilnya. Nia mencuka sepanjang perjalanan. Dating tak jadi. Makan pon tak jadi. Dia memulangkan Nia di depan pintu pagar dengan bibir yang muncung. Sepanjang perkenalannya, inilah muncung paling panjang yang pernah di tunjukkan oleh Nia.

Sakit jiwanya bila di tegur oleh housematenya bila dia merendam megi kari di ruang tamu sambil tengok berita tamil.


Puas dia memujuk. Sms tak berbalas. Call pon tak terangkat. Email terbiar. Komen dalam shoutbox pon terbiar sepi.

Hari ini. Akhirnya Nia setuju keluar dengannya semula. Bergurau semula. Geli-geli semula. Yes!!!!

Perjalanan pulang. Singgah sebentar di stesyen minyak. Meter minyaknya hampir menunjukkan E.

"Ayang dahaga la. Abang belikan air ek?"

"Ayang nak air apa?"

"Apa-apa la"

....

" Ayang.. Nah air untuk ayang"

" Kenapa abang belikan ayang air rebina?????!!! Abang nak kata yang ayang ni mcm budak-budak ke?? Tak matured? Kuat merajuk??? Kanak-kanak rebina??? Eiiiiiiiiiiiiiii.. Benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"

" Hah?? errr.. errrrrrrr" Deng!!!!!!!!!!!

Belum sempat dia menjawab. Nia dah tarik muncung. Badannya sudah berpusing -45 lawan arah jam. Memandang keluar tingkap.

"Apaaaaaa niiiiiiiiiiiii??? Nia lupa ke yang minuman kegemaran dia air Rebina?" jerit dia dalam hati. Sia-sia aje dia menghafal minuman kegemaran Nia.

Balik di rumah dia akan buang buku self help 'Tips untuk lebih romantis' tu dalam tong sampah. Double deng!!

7 comments:

amyz! said...

Hahahahahaha.
Ko boleh baca fiksi ini di maskara.. Hahahaha.

Base on true story kah? Hahahaha.

Anonymous said...

hahahahha hahahahahaha

aku gelak dgn story kau dan komen si amyz!

cik daun said...

amyz: tak la.. based faripada pemerhatian aku daa.. :P dan aku fiksikan..

buat malu aaa.. baca chick lit dalam maskara.. ada bernice chowly tuuuuu

ika: ahahaha.. bagus bagusss..

madulebah said...

wow geli2 gittewww!!!

macam kisah benar jer.. tapi di tune menjadi separa fiksi :p

cik daun said...

nida: Nuar pon kata.. kalau apa-apa pon.. orang akan relate ke aku ngan dia jugak.. nuar ternyata benar.. :)

nett said...

hai kakak daung...

kakak daung sehat ke? bila nak bukukan fiksi2 ni? adik nett nak baca sambil baring...

ihikss..

Aqil said...

kesimpulannya,
(dari kaca mata lelaki)
NIA TENGAH PERIOD

Tips tambahan :
kalau nak beli air, pastu si perempuan cakap apa apa ajerlah.. belilah air mineral,
senang , murah dan selamat!!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!