• 7
KAMI.. KAMU.. AKU..

Selepas diserang rasa kenyang yang berpanjangan, bersantai-santai di atas katil sambil bermain dengan remote control. Mengikut statistik aku, hari rabu adalah hari yang boring. Tak ada cerita menarik. Tetapi malam tadi. Wow!! Aku tarik semula kata-kata aku tadi. 8tv menghidangkan satu drama yang akan memblok aktiviti rabu malam aku. Aku sangat rekomen untuk di tonton.

KAMI. Feh.. masa aku mula-mula tengok gazet dia pun aku dah tau betapa KAMI berada di kelasnya tersendiri. Dan setelah aku tonton. Aku cakap wow!! Ceritanya bagus. Dialog mantap. Lakonannya natural. Aku tak rasa dorang berlakon. Ceritanya tentang sorang budak peminat punk underground and buat zine underground. By post ok!! 1st. Aku teringat kat kumprinx dan 2nd aku teringat kat Gangguan Tekstual, Projek Elarti and the others dalam industri zine tempatan. Walaupun aku tak buat zine, but aku boleh relate dengan cerita dia.

Yelah. Liyana Jasmay yang jadi anak rosyam nor dalam cerita apa tah tu mmg berbakat dalam lakonan. Selamba aje dia berlakon. Lain-lain boleh korang tengok daripada website ni. Aku akan tunggu filemnya dan ya, ini akan buat aku rejek malam GSC separuh harga.

http://www.projekkami.com/miniseries.htm.

Dan harini, aku tahu yang dia ni, tulis tiga episod pertama. (Woo.. silent reader for quite a while. Aku dah come out from the closet??!. Tak cukup umur jangan baca. Ahahaha. Read for the sake of reading.)

7 comments:

amyz! said...

Damn it. Aku balik cerita tu dah habis! Damn it!

madulebah said...

Yeah babe!! aku pun tengok drama tu.. aku balik (awal) dari kerja malam, bukak tv cerita baru mula.. WOW!!! drama yang sempoi!! dan aku layan sampaikan jadi malas nak buat rutin yang lain..

amyz! said...

Beb! lagu dia je buat aku JATUH CINTA. Meet Uncle Husin tu. Damn! Damn! Damn!

cik daun said...

Amyz: Tak apa.. tengok next eps mmgu depan k? ahahaha.. mmg patut deng pon sbb terlepas citer ni..

Nida: Yeahhh.. just on time.. ihiks..

Amyz: Lagu-lagu dalam tu pon ok jugak.. ahahaha..

ayobkelubi said...

serius, aku tgh cari OST dia.mana nak jumpa ek?

Ahmad Kamal Abu Bakar said...

I think the OST should be available at music stores soon. The album launch was like two weeks ago.

And oh, there's a movie too. Soon, I think.

Cheers.

samurai said...

Erk..best ke? Rugi pulak tak follow. Rabu cuma ada satu series je dlm list aku. CSI:Miami.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!