• 7
Bila rasa dunia ni tak selamat dissebabkan oleh orang yang jahat-jahat seperti yang dipaparkan didalam Buletin Utama

The fact that I spend my 5 years studying in Klang doesnt meant that I've became Klang expert.

Perjalanan aku ke Klang semalam memang huru hara. Rasanya perlepakan terpendek aku di majlis kenduri kawin kawan aku. Makan pun gitu-gitu aje. Dah la aku terlambat. Owh. Memang salah aku. Ada ke nak pi bergayut dengan si duduk London tu. Mana boleh nak ckp sekejap-sekejap. Intro dia aje dah sepuluh minit. Gelak lagi dah makan 12 minit. Ya, aku end up lambat bergerak ke Klang. (Eh Ika.. gua tak salahkan lu, ok?)

Macam konfiden. Sebenarnya aku teragak-agak nak masuk simpang. Aku mmg teruk bab baca map. Aku cuma pandai tunjuk jalan yang aku tau aje. Jalan daripada map. fail!!

Keteragakan (if such word exist) aku membuat sorang lelaki ni memberhentikan kereta nya di tepi jalan. Yang peliknya, aku pon berhenti juga. Sebab aku tak nak terlepas simpang or tersalah masuk jalan. Nak U-turn di Klang mmg hazab. Kemudian dia bertanya pada aku. Adik nak pergi mana?. Aku tunjuk map di Kad Undangan perkahwinan kawan aku tu. Rupa-rupanya dekat area rumah dia juga. So dia bgtau aku yang dia akan tunjuk sampai ke surau (which is one of the landmark in the map).

Aku senyum. Ucap terima kasih pada mamat bermisai itu dan mengekor kereta dia. Di tgh-tgh perjalanan, aku terfikir. Kalau la mamat di bawak aku pegi tempat sunyi dan buat bende-bende tak elok. Meraung guwaaa. Aku kutuk-kutuk diri aku pegi percaya mamat tu plak. Desperately bendol.

Aku nampak surau, mamat tu masuk simpang, dan kalau di ikutkan map tu kenduri kawin kawan aku tu ada di simpang satu lagi. Yeahh. Aku selamat sampai dengan bantuan mamat hensem ala-ala Sijavi da Boss! Apart of orang-orang jahat dalam dunia malaya ni. Ada lagi la orang yang baik. 10 markah pada mamat Nissan Cefiro tu. Terima kasih kerana menjadi warga Klang yang bertanggung jawab. Yay!

7 comments:

Anonymous said...

stelah kau ragu2, was2, baru kau puji dia ensem!

aku x rasa bersalah diatas kelewatan kau itu. apa guna ada tunang kalau pergi sorang2? haha biar nuar yg guilt ridden!

amyz! said...

Hahaha. Tak pasal-pasal nuar jadi scapegoat. :-p

Aaa. Klang lain kali ajak Hata la bebeh! :-)

Anonymous said...

Pakai Nokia yg. ada GPRS, nama jer ahli teknologi

KZK la nie

Aqil Dot Com said...

sesungguhnya masih ramai lagi lelaki yang baik dalam dunia nih...
tetapi kenapa masih ramai perempuan terjerat dengan lelaki yang jahat?
:D

cik daun said...

anony: dia telah di book di majlis pertunangan sedara dia.. kena balas jasa beb..

amyz: kadang-kadang aku suka pi satu tempat sorang2.. sbb malas nak layan orang lain.. nak jadi loner..

KZK: woitss.. map atas kertas pon aku tak pas nak baca.. nak baca map dari hp nokia.. buang duit saja.. :P

Aqil: lelaki jahat lagi pandai menipu.. pompuan2 ni sumer innocent.. senang termakan kata... :P

spyz said...

aku rasa ko agak percaya dgn mamat cefiro tu sbb dia kata 'tunjuk sampai ke SURAU'
:-)

nuhfas79 said...

surau tu aku singgah utk solat,
jalan semua dah berbeza...setelah hampir 15 thn aku meninggalkan kawasan itu...mujurlah ada peta...itupun, terambik jalan yang lebih jauh sedikit...

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!