Resepi

  • 5
Ini pula permintaan tertunggak kak Pnut dan semua orang on macam mana nak buat mashed potatoes dan coleslow.(p/s: Kak Pnut sorry sangat-sangat. Bz giler. Wowww.. siap dah buat sendiri dah. syabbass!!! . Cik daun style.

Mashed Potatoes

1.5 kg kentang (Kupas kulit) dan potong setara
250gm butter (thaw)
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah

1. Kentang di kupas dan di potong lebih kurang sama saiz. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan air yang cukup-cukup menutup kentang.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air dan letakkan semula diatas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Alihkan dari atas api.
3. Masukkan butter dalam kentang dileyekkan.
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyekkan hingga rata. Susu akan buat mashed potatoes lebih fluffy dan lemak.

Gravy

1 labu bawang besar (saya maksudkan bawang besar bukan labu yach! Ricih halus)
2 ulas bawang putih (ketuk dan chopped)
4 sudu butter (kalau tak ada boleh aje gunakan minyak masak biasa)
3 sudu tepung (tepung jagung yang terbaik)
2 cube ayam
lada hitam/sulah
2 cawan air

1. Cairkan butter dalam kuali. Tumis bawang. Biarkan dia caramelized. Kasi hangus-hangus sket.
2. Masukkan tepung. Tumis sampai tepung warna coklat. Atau sampai kaler gravy yang dikehendaki.
3. Masukkan air. Kacau sampai rata . Kalau tak rata pon biar aje la.
4. Pecahkan cube ayam dan masukkan dalam kuah. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat. Tambah air. Kalau terlalu cair. Masukkan sesudu mashed potatoes diatas.
6. Kacau rata. Tutup api. Masukkan kuah dalam blender. Blender sampai tak berketul. Hidangkan bersama mashed potatoes.
7. Memang lebih berperasa daripada mash potatoes tu. Kalau masin tak kisah sangat. :D
8. Kalau malas nak buat gravy ni. Beli aje yang dah siap. Tapi, kalau gitu, tak boleh plak nak bagitau orang yang gravy ni dibuat sendiri. :P


Coleslow

Separuh Kobis saiz sederhana (Ricih halus, Sagat menggunakan sagat pisau, atau msukkan dalam food processor)
Sebatang karot ( Sagat menggunakan sagat lubang besar, atau ricih panjang-panjang yang halus)
secawan susu segar
3 sudu gula
secubit garam
serbuk lada hitam ( secukup rasa )
celery seed (optional)
250 ml mayonaise

1. Campurkan kobis dan karot dalam satu bowl yang besar. Masukkan mayonaise. Gaul rata.
2. Masukkan susu, gula, garam dan serbuk lada hitam. 3 cubit celery seed.
3. Kacau rata. Saya suka coleslow yang manis sket. Kalau suka yang kurang manis, kurangkan gula dan rasa sampai dia terasa seperti coleslow. (ahahaha)
4. Sejukkan sebelum hidang.
5. Kalau tak suka karot. Boleh gantikan dengan kobis merah. I loike. :D

5 comments:

supersomething said...

ah.. dah lama tak cerita masak2.... terima kasih atas resepi ini. :) aku suka. nanti masuk rumah baru aku nak buat.. hehehe...

amyz! said...

sedapnyaa.. teringat-ingat coleslow & mashed potatoes cik daun. nyum nyum

waaa. ko buat aku lapar laaa..

madulebah said...

at last keluar juga kat sini

nuhfas79 said...

menarik utk dicuba...
aku akan mencuba resepi ini...

fajar said...

wah, dah lama nak buat mashed potato sendiri. cikdaun, potato tu kita mashed pakai apa ek? sudip tu dah kira ok tak? hmmm, dah lama sgt la tinggalkan dunia dapur ni. nak tajamkan skill balik. x thrill kalau beli instant. kesedapannya terlalu unnatural. cewah.

anyway, tq sbb kongsi resepi ala cikdaun kat sini.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!