Entri selepas berperangai keji

  • 5
Entri selepas berperangai keji

Wah.. selepas entry keji aku berperangai keji dengan tak update blog ni. Aku juga telah menghabiskan duit dengan beli batik sutera daripada adik aku. Serta telekong yang super duper best dan selesa serta labuh daripada mama. Alhamdulillah. Ada rezeki sket.

The 'hush-hush' project pun dah hampir sampai ke penghujung. Semua orang seksaited sampai termimpi-mimpi lagi. Dorang mimpi indah-indah. Aku sahaja yang bermimpi ngeri.

Perasan tak korang kalau korang balik kampung. Badan + kepala otak terus terasa macam +Holiday mode. Aku rasa teruk sangat. Kalau dah balik kampung, jejak tanah pon malas. Aku macam dah cukup lepak-lepak dengan mak ayah aku. Baring-baring depan tv. Makan-makan dan borak-borak. Serious shit aku tak leh duduk kampung. Karang tak berjalan projek luar. Itu la yang aku rasa masa weekend lepas. Damn! nasib baik bila mama minta ajar excel aku nak jugak ajar. Aku betul-betul tak suka excel baru nih. Apa nama dia excel 2005 gaknya. Setiap kali aku nak cari button, even save as aku kena guna Help dia. Keji sangat. Mama dah macam terer sket. Boleh la berlagak dengan ayah aku. Ayah tu tau komen jer. Bila suruh buat tak nak. :P

Yang paling best bila balik kampung. Pagi nak pergi keje tu, leh salam mama and ayah. Dorang hantar sampai depan pintu. :D. Sarapan pon ada. ehehehe. Best kan?

5 comments:

madulebah said...

kampung sekangkang kera je dengan tempat kerja, boleh la buat macam tu.

Cuba kalau aku ni nak pergi kerja dari kampung semata-mata nak merasai moment2 itu, baik tak payah lah..

Tapi sungguh kalau balik kampung tu, apa yang paling nikmat ialah:
i. kesejukan kampung
ii. boleh lepak2 depan tv tanpa rasa stress
iii. makan dan borak
iv. makan dan borak
v. makan dan borak
vi. tidur
vii. tidur
viii. tidur

cik daun said...

Yang you sensitip sangat ni naper? ikut la rasional you. Kalau kampung you jauh, sesaja je la kalau nak pi keje dari kampung. :P

Hey... tak ada kera tau kat kampung i.. biawak ada la..

ayobkelubi said...

bolehlah.kampung dekat ngan tempat kejer.hahahaha.

opis 2007lah daun...mmg leceh sket tapi seronok! :P

p/s : apsal blog yg se"groupie" ngan ko semua guna ayat "keji-meji" nie?. aiyahhhh. :D

amyz! said...

Entahnya. Dahla puas aku sayang-sayang dia kat forum, tak mahu pulak join piknik.

Lantak korang lah!

amyz! said...

aku lupa satu;

Babaiii..!!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!