eksiden

  • 2
Eksiden

Kepala Along dicukur sedikit untuk menjahit luka dikepalanya. 2 inchi setengah. Dan aku menangis-nangis mcm Along aku tu nazak pulak.

Terus terang aku cakap. Hospital. Darah. Orang sakit. Buat aku emosi. Lagi-lagi ahli keluarga aku.

Abang aku eksiden. Eksiden pertama dalam keluarga aku yang melibatkan darah, jahit menjahit dah hospitalisasi.

Kepalanya terhentak. Sampai sekarang tak tau terhentak dimana. Secara logiknya tak mungkin abang aku luka dibahagian kiri kepala sebab perlanggaran berlaku pada bahagian penumpang. Wira langgar Vios. Sapa menang? Dua-dua kalah. Cuma yang bertuah. Vios ada airbag. Jadi pilot pan Asian dalam kereta Vios tu dan penumpangnya tak ada apa-apa.

Abang aku muntah-muntah sepanjang perjalanan ke hospital. Kepala dia sakit. Kawan-kawan dia kata, abang aku macam lost seketika. But setengah jam selepas tu, dia dah boleh berbual. Mungkin beberapa segment dalam otak abang aku corrupted. Lepas defrag, ok la kots.

Dalam panik + berjejeran airmata.

"Bencinya... Kenapa abang aku buat aku macam ni??!!"

Betul kata iklan berhati-hati dijalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Tau tak apa impaknya pada orang disekeliling kita??

Mak aku demam. Sekarang, Along kat kampung. Kena jaga mak aku sekali.

2 comments:

Anonymous said...

aku lagi pergi interview hari tu pun risau, macam2 dah aku fikir, yang tragik2 saja mostly.

alhamdullilah dia ok. bilang Along, lepas nieh kurangkan sket nak riak2 tuh. ha ha.

amyz! said...

Boleh la easy jadi presiden. boleh tarik undi simpati. ahaha.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!