• 0
Permanent

Setiap hari. Aku terpaksa (dibayar) untuk pergi ke site. Site aku di Sg Besi, TPM. Rutin aku setiap hari adalah mengadap Pak Guard yang ramah tamah untuk ambil and pulangkan Temporary Access Card. Kalau mood aku baik. Aku akan rajin berbalas khabar. Jika tak, aku senyum-senyum sahaja.

Hari ini, aku senyum untuk pak Guard tu. Dia bagitau aku apa yang dia fikirkan masa aku senyum-senyum sambil jalan dengan kasut Hush Puppies seinchi aku. Ke Guard House. Pulangkan Access Card.

"Budak ni senyum-senyum kat aku, bila dapat Permanent Access Card jeling kat aku pon tak sudi. Macam budak-budak Get_tronic yang kat atas tu. Aku tahan nak tgk access card pon sombong tak mahu tunjuk. Hina sangat ke aku jadi Guard ni? Aku buat keje aku aje." Emo.

Aku gelak. "Ye ke? Saya takkan buat mcm tu. Sebab saya takkan dapat Permanent Access Card"

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!